Khamis, 28 Disember 2017

Tarif Elektrik Tak Naik, Apa Harga Barang Yang Turun?


Pakatan Harapan terpaksa menelan ludah mereka sendiri bila pengumuman kerajaan semalam untuk tidak menaikkan tarif elektrik sehingga akhir tahun 2020, tidak diikuti dengan pengumuman pengekalan atau penurunan harga barang dan perkhidmatan oleh mana-mana pihak.

Tapi cuba kalau tarif naik, tak sempat subuh Pakatan sudah dakwa harga barang dan perkhidmatan naik mendadak disebabkan oleh kenaikan tarif tersebut sekalipun pasaran tidak memberi apa-apa indikasi akan berlakunya kenaikan.

Hanya permainan persepsi sahaja.


Ini sudah tentu mengecewakan Pakatan kerana secara tidak langsung rakyat semakin nampak mereka sebagai penipu besar yang hanya mengambil kesempatan dari usaha rakyat untuk menangani kos sara hidup yang sebenarnya berbeza bagi setiap individu.

Sudahlah penentuan harga minyak secara mingguan sekarang ini, membuktikan dakyah Pakatan kalau harga minyak turun, harga barang juga akan ikut turun, sebagai satu penipuan, pengekalan tarif elektrik semalam turut membuktikan lagi belang mereka yang hanya mahu mengelirukan rakyat.

Sampai masanya rakyat perlu tahu dan menerima hakikat bahawa penurunan mahupun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah ditentukan sebahagian besarnya oleh kuasa pasaran – penawaran dan perkhidmatan.

Kenaikan mahupun penurunan tarif elektrik atau harga minyak hanyalah faktor kecil dalam menentukan perubahan harga barang dan perkhidmatan.

Selama ini Pakatan mengelirukan pemikiran rakyat dengan memberi tanggapan ia adalah kerajaan yang menentukan tinggi rendahnya harga barangan dan perkhidmatan seterusnya kos sara hidup rakyat secara keseluruhannya.

Tujuan perkara ini dibuat, tidak lain untuk mendapatkan undi mudah dengan cara menipu rakyat. Pakatan tahu, mereka sendiri tidak mampu mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan kerana semua ditentukan oleh kuasa pasaran.

Bukti kepada perkara ini boleh dilihat di 2 negeri yang mereka perintah, Selangor dan Pulau Pinang. Jauh dari menurunkan kos sara hidup rakyat, DAP dan PKR masing-masing meningkatkannya pula dengan menaikkan nilai tanah, sewa tapak perniagaan dan sebagainya yang menyumbangkan kepada peningkatan kos sara hidup rakyat.

Beruang Biru
BB716, Rabu
27 Disember 2017


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...