Sabtu, 25 Ogos 2012

Pusat Darah Negara rayu orang ramai derma darah hujung minggu ini..


KUALA LUMPUR - Pusat Darah Negara (PDN) merayu orang ramai agar tampil menderma darah di pusat itu hujung minggu ini bagi menampung kekurangan bekalan di pusat itu.
  
Pengarahnya Dr Roshida Hassan berkata jumlah penderma darah menurun sejak bulan Ramadan dan ketika musim Hari Raya Aidilfitri kali ini.
  
"Orang ramai dijemput ke PDN atau ke tempat menderma darah unit bergerak anjuran PDN yang berhampiran untuk menderma darah khususnya pada hujung minggu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
  
Menurut kenyataan itu, PDN turut dibuka pada Sabtu dan Ahad mulai 8 pagi hingga 4 petang.
  
Maklumat lanjut boleh layari laman web www.pdn.gov.my. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...