Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Selasa, 29 Januari 2013
Najib salur program Di Hati Rakyat RM50 juta
Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, khusus bagi program 'Di Hati Rakyat' dan akan bermula bulan depan.
Ia diumumkan oleh menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian Pelancaran Jubli Emas Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) di Dewan Perdana Felda, di sini pagi ini.
"Peruntukan ini akan memberi bantuan kepada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
"Ia akan merangkumi bantuan kerusi roda, latihan, lampin dan apa sahaja mengikut keperluan masing-masing," katanya.
Katanya lagi, peruntukan tersebut adalah sebagai langkah untuk memperkasakan golongan wanita di negara ini.
"Mereka adalah golongan minoriti yang sebenarnya banyak menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.