Jumaat, 1 Februari 2013

BUKTI KEBODOHAN PEMIMPIN PAKATAN HARAM TERSERLAH DISINI...


Aloo apek...apasal lu boloh sangat...Sebelum buat perhimpunan hari tu, lu punya kawan itu Mat Sabu sudah setuju dengan semua sekatan dan syarat perhimpunan  dengan Pihak Polis...
Bukan ke sebanyak 27 syarat telah dipersetujui antara Mat Sabu selaku penganjur HKR dengan pihak Polis mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736)...

Saya ACP ZAINUDDIN BIN AHMAD Ketua Polis Daerah DANG WANGI dengan ini mengeluarkan sekatan-sekatan dan syarat-syarat perhimpunan bagi menentukan keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) kepada MOHAMAD BIN SABU, no. kad pengenalan 541014-07-5575, PENGANJUR HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT pada 12 JANUARI 2013 dari jam 2:00 PETANG hingga 5:00 PETANG di STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR. Sekatan-sekatan dan syarat-syarat adalah seperti berikut :
1. Penganjur hendaklah memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian perhimpunan tidak melanggar Akta ini atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
.........
22. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dibawa ke tempat perhimpunan. 
23. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan sekatan-sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.
... 
Syarat-syarat tersebut di atas telah saya baca dan terangkan secara satu persatu kepada penganjur bernama MOHAMAD BIN SABU No. Kad Pengenalan 541014-07-5575 pada tarikh 10/01/2013 jam 4.25 petang dan telah dipersetujui oleh penganjur.
Jadi apasal sekarang lu bising-bising bila Pihak Polis nak menjalankan tugasnya... tuduh itu dan ini terhadap Pihak Polis... Inilah masalahnya bila orang bodoh jadi pemimpin... sendiri setuju dengan undang-undang yang ditetapkan...Bila tak reti nak ikut undang-undang yang dipersetujui... salahkan pihak lain..Kalau berani suruh la Mat Sabu yang bising-bising pasal isu ni...

**Tahniah Pihak Polis kerana menjalankan tugas dengan baik... 


‘Kepantasan’ polis mengenal pasti peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu yang membawa kanak-kanak sepatutnya diamal apabila memburu penjenayah.
Demikian sinis Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas tindakan polis dilaporkan mengeluarkan 14 gambar ibu bapa yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka.
“Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR.
“Membawa anak-anak mereka adalah hak ibu bapa. Tapi kenapa perhimpunan BN tidak pernah menyatakan larangan bawa kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, beliau mempersoal sikap kerajaan yang memberi jaminan bahawa perhimpunan HKR adalah aman dan selamat, tetapi menghalang kanak-kanak hadir.
“Kalau sudah beri jaminan, kenapa timbul pula isu tidak boleh bawa kanak-kanak. Saya kesal sikap polis yang sibuk mengejar isu ini berbanding soal keselamatan orang awam.
“Hasil daripada tangkapan atau denda tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada polis.  Ini semua muslihat politik Umno sahaja,” kata Ahli Parlimen Batu itu.
Polis hari ini dilapor mengeluarkan gambar mereka terbabit yang didakwa membawa kanak-kanak ke himpunan itu.
Menurut polis, perbuatan itu melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...