Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Jumaat, 8 Februari 2013
Najib: Kaedah kurangkan beban guru dikaji
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Perdana Menteri berkata, langkah tersebut memerlukan tindakan supaya guru boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras.
Beliau berkata,aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah dibincangkan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.
"Itulah pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan beban guru dalam tugas yang tiada kaitan dengan tugas utama sebagai pendidik," katanya pada majils perayaan jubli emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini, malam tadi.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menter Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.
Pada majlis itu Najib turut mengumumkan pemberian peruntukan khas sebanyak RM1 juta untuk sekolah tersebut.
Najib berkata, keperluan guru harus diberi keutamaan sebagai motivasi untuk mereka menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik serta pencapaian dan kejayaan sesebuah sekolah itu bergantung kepada warga pendidik.
Perdana Menteri berkata, usaha itu juga selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
"Kita perlu memahami bahawa persaingan dalam abad ke-21 menuntut kepada kita untuk berjaya ketengahkan idea-idea lebih unggul, kerana sesiapa yang mempunyai idea lebih unggul maka mampu mengatasi negara lain," katanya. - Bernama