Jumaat, 1 Februari 2013

Nasharudin cuma ahli Pas biasa - Hadi



Nasharudin Mat Isa kini hanyalah seorang ahli biasa parti selepas bekas Timbalan Presiden Pas itu dipecat daripada menganggotai Majlis Syura Ulama parti.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, malang bagi UMNO kerana mendapatkan bantuan daripada seorang ahli biasa parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan maksud bantuan tersebut tetapi dipercayai berkaitan penyertaan Nasharudin bersama rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

''Dia ahli biasa Pas. Sangat malang bagi UMNO tiada orang, terpaksa ambil bantuan ahli biasa Pas,'' katanya kepada pemberita selepas ceramah perasmian Karnival Kedah Sejahtera Pas Kawasan Pokok Sena di sini malam tadi.

Beliau ditanya mengenai status Nasharudin selepas dipecat sebagai anggota Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.- UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...