Ahad, 3 Februari 2013

PR TAKDA isu,takutkan pengundi dengan POCONG....hahahahahaha


Tidak logik dan keterlaluan! Mungkin itu persepsi timbul apabila kisah tahyul pun dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.  Sama ada mahu percaya atau sebaliknya, itulah hakikat berlaku di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau.

Barangkali terdesak atau ketandusan strategi berkempen, kisah pelik itu didakwa menjadi pilihan pemimpin Pakaran Rakyat (PR) di kawasan tersebut.

Heboh di sini memperkatakan kononnya pemimpin PR telah memanipulasi 'kekalutan' kemunculan pocong seperti didakwa penduduk sebagai natijah kepada projek pembangunan yang dilaksanakan.

Timbul cerita, pemimpin PR didakwa mengaitkan kehadiran pocong berkeliaran menakutkan penduduk kampung itu kononnya ada kaitan beberapa projek diusahakan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN), seolah-olag satu petanda buruk bakal berlaku kepada penduduk.  Dakwa seolah-olah  tidak masuk akal dan ‘melucukan’.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia tidak masuk akal dan amat melucukan

Zambry berkata, beliau difahamkan terdapat wakil rakyat PR menggunakan isu kehadiran pocong berkeliaran bakal memberi impak buruk kepada penduduk.

Menurutnya, dakwaan tersebut adalah gambaran sebenar betapa ceteknya pemikiran pemimpin PR sehinggakan terdesak 'menjual' cerita tahyul turut dimainkan untuk memberi gambaran buruk kepada Kerajaan Negeri.

“Sebenarnya, projek pembangunan Kampung Tersusun di kampung itu merupakan satu projek contoh membuktikan Kerajaan Negeri prihatin dengan kebajikan penduduk apabila bersetuju membina penempatan baru setelah kawasan sedia ada diambil alih untuk pembinaan Rancangan Tebatan Banjir(RTB).

“Keadaan kampung itu pada masa kini jauh berbeza dengan keadaan sewaktu saya hadir ke sana buat pertama kali dan saya berharap rakyat menilai perubahan yang cuba dilaksanakan Kerajaan Negeri secara bijaksana,”katanya pada sidang media di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nam Hwa, di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhad Mat Nayan, Pegawai Daerah Kerian, Kamaruddin Awang, Presiden Pertubuhan Belia 4b Kebangsaan, Muammar Ghadafi Jamaluddin, Penyelaras Dun Kuala Kurau, Mohd Salleh Md Disa, Penyelaras Dun Titi Serong, Abu Bakar Md Ali dan Penyelaras Parlimen Parit Buntar, Abdullah Salleh.

Majlis itu turut menyaksikan Zambry menyerahkan lesen bot nelayan dan peralatan keselamatan kepada 182 nelayan kawasan Kuala Kurau selain menyampaikan sumbangan kepada 60 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Kerian.

Zambry berkata, lawatan sehari ke daerah Kerian pada kali ini juga bukan gimik pilihan raya memandangkan beliau sendiri sudah mengadakan lawatan ke sini lebih sepuluh kali.

Menurutnya, sepanjang kehadiran beliau ke Parlimen Parit Buntar, hampir sebahagian besar janji Kerajaan Pusat dan Negeri kepada rakyat berjaya dipenuhi selain menyelesaikan banyak permasalahan rakyat.

“Contoh terbaik projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah Kerian bernilai RM540 juta yang sebelum ini didakwa janji kosong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh parti pembangkang, namun kini ianya sudah pun bermula walaupun tidak dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

“Begitu juga dengan projek pemuliharaan hakisan tanah di pantai Ban Pecah bernilai RM50 juta dan projek membaik pulih rumah nelayan di seluruh daerah Kerian,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...