Selasa, 5 Mac 2013

Kenyataan PM Mengenai Serangan Tentera Di Lahad Datu


Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi Selasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Najib berkata pada hari Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri sebagai 'Tentera Sulu' di Sabah itu telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...