Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Selasa, 12 Mac 2013
Lahad Datu: Kem Tetap Akan Dibina Sebaik Saja Ops Daulat Berakhir ...
Sebuah kem tetap akan dibina di Lahad Datu, Sabah tidak lama lagi untuk memantau situasi selepas Ops Daulat berakhir, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, kem itu akan diambil alih oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis sebaik saja operasi yang sedang dilakukan selesai.
"Kem baru itu akan mengambil sedikit masa untuk dibina dan kami akan meletakkan beberapa kabin buat sementara waktu dan menempatkan anggota keselamatan di lokasi itu," katanya pada sidang media selepas mengumumkan agihan pendapatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di ibu pejabatnya di sini, Selasa.
Beliau turut memberi amaran kepada media Filipina supaya tidak mengeluarkan laporan bercanggah mengenai situasi sebenar di Sabah.
"Kami tidak mahu laporan media tertentu menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan Filipina," katanya.