Miri: Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia dengan pasangannya
berkecai selepas dia secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar
kekasihnya ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan di sini, tiga hari
lalu.
Kakitangan syarikat swasta berusia 26 tahun itu turut mendakwa
menanggung kerugian kira-kira RM30,000 sepanjang menanggung perbelanjaan
kekasih dikenali sejak lebih setahun itu.
Menurut sumber, lelaki itu langsung tidak menyangka kekasihnya berusia
20-an sebenarnya seorang lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh
bahagian sulit pasangannya itu ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.
Katanya, terkejut dengan perkara itu lelaki terbabit cuba mendapatkan
penjelasan dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia
mengakui seorang pondan.
“Pengakuan itu amat mengejutkan lelaki itu kerana sebelum ini dia
langsung tidak mengesyaki identiti sebenar pasangannya berikutan
berperwatakan lemah lembut serta kecantikan dimilikinya membuatkan dia
yakin kekasihnya itu wanita.
“Lelaki itu mendakwa membelanjakan banyak wang termasuk menggunakan
simpanan sepanjang perkenalan mereka semata-mata untuk membuktikan kasih
sayangnya terhadap kekasihnya itu,” katanya.
Susulan itu, lelaki itu yang merasai dirinya tertipu membuat laporan di
Balai Polis Pusat Miri, kelmarin, selepas gagal menghubungi bekas
kekasihnya itu sebaik tembelangnya terbongkar.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan kes itu.
Macam - macam...hihihihi....
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah