Jika Pakatan Pembangkang
memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun,
termasuk mengambil contoh cara negera China kurangkan kakitangan awam
yang berlebihan. Bagi kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan
tugas, mereka akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya
pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk
kakitangan awamnya.
Setiausaha
Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan
Pembangkang dapat memerintah kerajaan pusat, Pakatan akan kemukakan satu
projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk
mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap
tahun.
"Pakatan
Pembangkang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh
kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke
dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan akan buat
penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu berkualiti
tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing."
Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat.
Tony
Pua berkata, Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua
dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China
bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang
kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan
mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan
bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Tony
Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk "Ke
Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan Diri Untuk Bentangkan
Bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor. Ucapan dalam
seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan daripada orang ramai
terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan. Dalam seminar
itu, selain Tony Pua Kiam Wee, turut hadir juga Teo Nie Ching Timbalan
Setiausaha Penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha
DAP negeri Johor. Mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang
mengambil berat tentang Bajet 2012.
Tony
Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang
berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus
daripada penduduk negara; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti
Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam
mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.
Sumber: Sinchew Daily News m/s 9, 1 November 2011
*********
Kepada kakitangan Kerajaan yang masih berkhidmat, cuba berfikir sejenak, apakah maksud tersirat Tony Pua Kiam Wee ini?!
Kakitangan bangsa manakah kelak yang akan menjadi mangsa untuk dibuang dan dibekukan? Jangan fikir jika anda penyokong Pakatan Rakyat, maka anda akan terselamat.
Jadikan peristiwa Kampung Buah Pala dan pembersihan penjaja-penjaja Melayu Pulau Pinang sebagai contoh. Jika mereka merasakan pakatan pembangkang dapat membela nasib mereka akan datang, ternyata mereka pasti tersilap. Belum berkuasa pun, DAP begitu berani mengisytiharkan agenda pengecilan saiz kakitangan kerajaan. Ini bermakna ramai yang sedang bekerja dalam sektor kerajaan bakal hilang pekerjaan.
Kakitangan bangsa manakah kelak yang akan menjadi mangsa untuk dibuang dan dibekukan? Jangan fikir jika anda penyokong Pakatan Rakyat, maka anda akan terselamat.
Jadikan peristiwa Kampung Buah Pala dan pembersihan penjaja-penjaja Melayu Pulau Pinang sebagai contoh. Jika mereka merasakan pakatan pembangkang dapat membela nasib mereka akan datang, ternyata mereka pasti tersilap. Belum berkuasa pun, DAP begitu berani mengisytiharkan agenda pengecilan saiz kakitangan kerajaan. Ini bermakna ramai yang sedang bekerja dalam sektor kerajaan bakal hilang pekerjaan.
Lihatlah
apa yang berlaku di Selangor, mereka mengurangkan jawatan terutamanya
dalam GLC negeri dengan menamatkan kontrak pekerja, ataupun memecat
mereka, dengan alasan kononnya untuk mengurangkan kos operasi. Dalam
masa sama, mereka tambah pula jawatan-jawatan lantikan politik daripada
kalangan ahli DAP dengan tangga gaji gred yang lebih tinggi. Satu silap
mata mudah untuk menipu rakyat.
Mahukah
perkara sebegitu terjadi kepada diri mahupun keluarga anda? Hilang
mata percarian dek sikap tamak DAP yang memanipulasi dasar kerajaan,
semata-mata untuk meraih undi kaum chauvinis.
Jangan biarkan DAP seperti kaduk naik junjung.
Bangsa Melayu patut sedar sebelum nasib kita menjadi seperti nasib Pak Kaduk, ayamnya menang dipersabongan, susu yang diberi, dibalas pula dengan air garam, hinggakan hanya menang sorak, tetapi kampung tergadai.
Adakah ini perubahan dan reformasi yang anda mahu? Tepuk dada tanya iman...