Ahad, 3 Mac 2013

Pertempuran Di Lahad Datu: Anwar Ibrahim Tidak Patut Dibenarkan Terbabit Politik Lagi...

Semakin nyata akan bahaya yang ditimbulkan oleh Anwar IBrahim dalam pemburuannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau pada tahun 1996 dahulu, dia telah menjemput penyangak-penyangak matawang untuk menyerang sistem perbankan dan kewangan Malaysia bagi memudahkan dia menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Dr. Mahathir, selepas 2005, perangai kebinatangannya semakin menjadi-jadi. 

Insiden terbaru, tidak lagi dapat dinafikan oleh Anwar Ibrahim apabila pihak perisikan Manila sendiri telah mengesahkan bahawa daripada tiga pihak yang mendalangi pencerobohan lanun-lanun Sulu itu, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memang terlibat secara langsung. Anwar Ibrahim sendiri telah menunjukkan gelagat biasanya apabila dia bersalah dan tidak dapat mengelak iaitu MEMBUAT PENAFIAN AWAL. 


sulu2
sulu1

                                              SUMBER

Semuanya berlaku tidak lama selepas Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari, pemimpin Mindanao yang telah terpinggir kerana sikapnya dan modus operandinya yang lebih menyerupai lanun apabila mencari sumber kewangan dengan cara menculik, melanun dan menjarah. Perjanjian damai antara Mindanao dengan Manila telah mengenepikan Nur Misuari sebaliknya menaikkan Haji Murat, menyebabkan Nur Misuari terdesak untuk kembali menjadi Gabenor Mindanao. 

Dek kerana itu, dia cuba mendapatkan sokongan daripada Anwar Ibrahim yang diketahui mempunyai hubungan dengan Zionis dan Amerika Syarikat. Ketua lanun Sulu yang menamakan dirinya sebagai Sultan Kiram turut meminta bantuan daripada Amerika Syarikat agar campurtangan dan memberikan akses kepada mereka menakluki Sabah dan merampas negeri itu daripada Malaysia. 

Kesultanan Sulu pupus pada tahun 1946. Pada tahun 1878, Sultan Sulu telah menjual Sabah yang pada ketika itu dinamakan sebagai North Borneo kepada Kompeni Hindia Timur milik British. Pada tahun 1963, Britain melepaskan Sabah kepada Malaysia apabila rakyat Sabah membuat referendum untuk menyertai Malaysia bersama-sama Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

Secara tidak langsung, dengan referendum yang telah dibuat oleh rakyat Sabah pada tahun 1962, tiada mana-mana pihak lagi yang berhak ke atas Sabah melainkan Malaysia!

Faktor dan fakta tersebut cuba dihilangkan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

AyAB0h6CQAEW-Uv.jpg-large

Apa lagi yang boleh diselewengkan atau diputarbelitkan oleh Anwar Ibrahim apabila perisikan dan media Filipina sendiri yang mengesahkan tentang pendalangan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan lanun-lanun Sulu ke atas bumi Sabah? Bahkan Presiden Filipina sendiri sudah mengesahkan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat serta menghukum pendalang-pendalang tersebut. 

Kematian tiga orang anggota keselamatan kerana serangan lanun di Lahad Datu, sememangnya mendukacitakan rakyat Malaysia. Bagaimanapun, nampaknya tragedi tersebut telah dipolitikkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Lim Kit Siang dan Tian Chua dengan cara yang paling biadap apabila mereka disifatkan sebagai PELAKON-PELAKON UNTUK UMNO dan BARISAN NASIONAL. 

Hanya selepas Tian Chua mengeluarkan kenyataan dan disiarkan pula oleh media rasmi PKR, barulah para pecacai Pakatan Rakyat mulai menulis dan mengulas tentang tragedi berdarah di Lahad Datu itu. Mereka menggunakan hujah-hujah Tian Chua bahawa tragedi tersebut adalah sandiwara UMNO dan Barisan Nasional. 

Malahan lebih menarik lagi ialah apabila mereka cuba mengenepikan Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh Perisikan Manila dan media Filipina sebagai dalangnya dengan menuduh orang dalam UMNO yang menjemput lanun-lanun Sulu tersebut ke Sabah. Walaupun mereka kelihatan sangat berhati-hati agar nama Anwar Ibrahim tidak disentuh dan disebut, secara jelas mereka terpaksa menunggu sehingga ke tengah malam untuk memberikan jawapan atau lebih tepat lagi, memutarbelitkan situasi sebenar dengan berpandukan kepada hujah Tian Chua.

pkr-lahad-datuxx

Secara nyata dan jujur, keselamatan di Malaysia tidak akan terjamin selagi orang bernama Anwar Ibrahim masih dibenarkan wujud di negara ini. Seharusnya dia diseret segera ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman seberat-beratnya atau paling tidak pun, disimpan terus di dalam penjara sehingga dia meninggal dunia. 

Anwar pernah cuba melakukannya pada penghujung tahun 1990-an, tetapi dia tidak berjaya. Sekarang, dia melakukannya lagi demi mendapatkan Sabah dalam usahanya memburu kuasa. Biarpun para pecacainya cuba menolak fakta tersebut dengan menyatakan bahawa Anwar berad adi dalam penjara dan tidak boleh berbuat apa-ap kerana dia tidak mempunyai sebarang kuasa, tetapi hakikatnya segala keburukan, kerosakan, kekacauan dan ketidakstabilan di negara ini, telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim. 

Dia gagal dalam usaha mewujudkan gelombang kebangkitan rakyat secara besar-besaran dengan merusuh di jalan raya menerusi demonstrasi BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, HKR dan sebagainya, tetapi akal jahatnya tidak pernah sunyi daripada mencari-cari jalan mewujudkan suasana tidak tenteram yang membolehkan kedatangan Amerika Syarikat dan Zionis sepertimana yang berlaku di negara-negara lain di seluruh dunia. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...