Baru-baru ini Nur Misuari telah mengadakan pertemuan dengan
rakannya iaitu Ketua Pembangkang Malaysia merangkap Ketua Umum PKR, Anwar
Ibrahim.
Mengikut maklumat risikan tentera Filipina, antara perkara
yang dibincangkan mereka berdua mempunyai hubung kait dengan perancangan PR
untuk memberi kuasa autonami kepada Sabah dan peranan Kesultanan Sulu kelak
sekiranya PR berjaya menguasai PRU 13.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin pembangkang, Jeffrey
Kitingan juga pernah bertemu muka dengan seorang waris Kesultanan Sulu dan
topik perbincangan juga berkisar pada autonomi kepada Sabah.
Lebih menariknya beberapa ketika selepas kedua-dua pertemuan
tersebut ia dikuti dengan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu sekarang.
Ini nyata satu permainan politik yang tidak beretika sama
sekali, tapi tidaklah begitu menghairankan bila mana dilihat pada rekod lampau
PR yang pernah terlibat menganjurkan demonstrasi ganas di Bandaraya Kuala
Lumpur sebelum ini.
Tidak syak lagi, apa yang berlaku sekarang mempunyai kaitan
langsung dengan usaha politik kelompok tertentu dalam PR yang sanggup
menggadaikan nyawa orang lain dan ketenteraman rakyat untuk kepentingan
politik.