Selasa, 5 Mac 2013

Semuanya Sudah Dilakukan Untuk Elak Pertumpahan Darah – Jurucakap Aquino

Assalamualaikum w.b.t
Pada jam 7 pagi tadi pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo. Syabas ATM. Bawah nie adalah gambar-gambar demo di hadapan Embassy of Malaysia di Filipina kot. Ish. Depa yang mai kacaw kita dulu, nak berdemo bagai plak.
 Kita berunding secara aman depa xmau. Siap tembak polis kita lagi. Sekarang ATM kami dah mengamuk, hampa nak salahkan kami plak. Kan dah warning. Berminggu-mingu bagi masa untuk keluar tapi tetap berdegil. Ini makan dia.

Petikan kata2 Presiden Aquino kepada Sultan Sulu sebagai berkata: 

"Jika kamu mati disembelih oleh rakyat Malaysia, maka itu masalah kamu, dan jika kamu kamu kembali ke filipina, tentera saya juga akan membunuh kamu seperti ayam. Kamu tiada pilihan"


BERITA

MANILA: Jurucakap Presiden Benigno Aquino III pada Selasa berkata, Filipina telah melakukan sedaya upaya bagi mengelakkan pencerobohan di Sabah yang diakhiri dengan keganasan, berikutan Malaysia melancarkan serangan ke atas lelaki bersenjata Sulu di negeri itu.

Sejumlah 27 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sejak pengikut kepada Jamalul Kiram III, pewaris kepada Sultan Sulu menceroboh kawasan itu menggunakan bot pada 12 Februari.

“Kami telah melakukan semuanya sedaya upaya untuk mengelakkan perkara ini, tetapi akhirnya orang-orang Kiram memilih ‘jalan’ ini,” kata jurucakap Aquino, Ricky Carandang mengenai kumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa negeri itu merupakan milik Kesultanan Sulu.

Carandang berkata, Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario masih berada di Kuala Lumpur untuk berunding dengan rakan sejawatnya di Malaysia mengenai krisis keselamatan.

Sementara itu, seorang jurucakap kepada Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu berkata, ketua kumpulan bersenjata itu memaklumkan kepadanya menerusi panggilan telefon bahawa serangan bersenjata sedang berlaku di Sabah.

“Tiada apa-apa yang boleh dilakukan pada masa ini,” kata jurucakap Abraham Idjirani, sambil menekankan bahawa pengumuman kumpulan bersenjata sebelum ini bahawa mereka akan mengadakan serangan habis-habisan tidak akan berubah.

“Kami bukan pemberontak. Mereka (rakyat Malaysia) yang mengambil tanah pusaka kami,” katanya.
Kuasa Kesultanan Sulu semakin lemah sejak seabad yang lalu tetapi ia terus menerima bayaran kecil untuk Sabah di bawah perjanjian pajakan yang diwarisi daripada kuasa penjajah Eropah. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...