Ahad, 3 Mac 2013

Terkini Lahad Datu - Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berlepas ke Semporna..



323 anggota RAMD berlepas ke Semporna beri bantuan

KOTA BHARU 3 Mac - Seramai 19 pegawai dan 323 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berlepas ke Semporna, Sabah bagi memberikan bantuan ketenteraan di sana.

Menurut sumber, anggota terbabit diterbangkan terus dari Lapangan Terbang Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 2 petang ini menggunakan penerbangan khas.

Penghantaran bantuan ketenteraan itu dibuat selepas berlaku serangan hendap oleh penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu di Semporna semalam, yang mengorbankan lima anggota keselamatan. - SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...