Isnin, 29 April 2013

Desakan Tolak PAS: Pemimpin PAS Berang Mahu Timbalan Pengerusi DAP Johor Beri Penjelasan...



PETALING JAYA: Dengan tinggal kurang seminggu daripada hari pengundian, pemimpikn PAS yang berang telah menggesa Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez memberi penjelasan berhubung kenyataannya menggesa pengundi menolak parti Islam berkenaan.

Bagaimanapun, Fernandez mengulangi amarannya beliau akan terus meluahkan pendapat peribadinya dalam isu sensitif seperti pelaksanaan hudud dan isu semasa.
 
"Ini adalah demokrasi dan setiap orang bebas menyuarakan pendapat mereka.Sekiranya Presiden PAS, 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden PAS, 
 Datuk Husam Musa boleh menyatakan pendirian mereka, kenapa tidak saya?," soalnya Fernandez.

Dalam sebuah artikel yang ditulis di laman blog, syedoutsidethebox.blogspot.com pada Sabtu, Fernandez berkata DAP perlu sedar PAS tidak lagi jujur, dan mereka bukannya rakan Pakatan Rakyat yang berdaya maju dan mereka perlu mempunyai keberanian untuk mengakuinya.

Justeru, beliau menggesa rakyat Johor tidak mempertaruhkan masa depan mereka dengan mengundi parti Islam itu, Fernandez berkata dia telah membuat keputusan dan yakin PAS tidak layak untuk mendapat undi beliau.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harus Taib berkata kenyataan Fernandez itu 'satu langkah kebelangkang' untuk Pakatan Rakyat.

"Apa yang dia cakap tidak masuk akal, kerana PAS dan DAP merupakan rakan dalam Paktatan Rakyat dan kita sentiasa bersatu padu," katanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menyifatkan kenyataan Fernandez itu merupakan satu cubaan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina di Johor daripada menyokonh parti itu.

"Cubaan untuk menakutknya mereka (orang bukan Islam) tidak akan berjaya, kerana angin perubahan terhadap Pakatan Rakyat terlalu kuat," kata Mohamad.

Menurutnya, sebarang perubahan polisi dalam pelaksaan hukum Islam tidak akan memberi kesan kepada orang bukan Islam dan ia hanya akan dilakukan dengan memberikan penerangan selepas Pakatan Rakyat memerintah.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut menolak kenyataan Fernandez, beliau menyifatkan ia sebagai pendapat peribadi dan tidak bukan pendirian DAP Johor.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Fernandez yang juga seorang peguam berkata beliau tidak mempunyai agenda tertentu dengan menyuarakan pandangan sedemikian.

Peguam berkenaan merasakan beliau perlu menyatakan pendiriannya selepas pemimpin PAS mula membuat kenyataan yang tidak berkompromi dalam isu pelaksanaan hudud.
Fernandez berkata beliau selalu meluahkan pendapatkan di laman blognya.

"Saya menghargai pendapat dan komen semua orang namun saya akan pertahankan pendirian saya kerana ia merupakan pendapat peribadi saya dan bukan pendirian parti," ujarnya.

Ditanya mengenai teguran Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang menggesa Fernandez menghubungi ketua biskop, Pope di Vatican City untuk mendapatkan pendirian mereka sebelum membuat kenyatannya, belaiu berkata: "Saya telah bercakap dengan Tuhan,"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...