Jumaat, 19 April 2013

Kandungan surat dari ROS kepada DAP



Kandungan surat dari ROS kepada DAP jelas menunjukkan bahawa pihak ROS menerima aduan daripada ahli DAP sendiri.

Dibawah ini kenyataan SPR dan kita sedia maklum ROS pun TIDAK menghalang DAP bertanding menggunakan lambang ROKET mereka..Jadi kenapa DAP ingin menggunakan lambang PAS disemenanjung...???

Pencacai PR dok salahkan ROS dan agenda BN dalam semua hal..sedangkan mereka tidak sedar akan permainan DAP dan PKR tu untuk memperkudakan PAS....!!!

Boleh guna lambang roket - SPR

KUALA LUMPUR 18 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa DAP boleh menggunakan lambang roket untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penggunaan lambang itu dibenarkan walaupun siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu masih berjalan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusoff berkata, siasatan itu sama sekali tidak akan memberi kesan kepada parti tersebut dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada hari pengundian nanti.

"Ia tidak akan memberi kesan kepada DAP kerana parti itu belum lagi digantung atau dibatalkan dan ROS memberi tempoh sebulan.

"Jadi, DAP masih boleh menggunakan logo dan mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Semalam, ROS tidak mengiktiraf ahli CEC parti berkenaan yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember 2012 ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.

Menurut sumber, perkara tersebut dinyatakan dalam notis menurut Seksyen 16(1) di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang telah dihantar semalam kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...