Proses penamaan calon sudah pun berakhir, bagaimanapun beberapa
kejutan di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kejutan pertama ialah apabila dua ahli DAP, dipecat daripada parti kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Di Cheras, penyandang kerusi DUN Teratai Jenice Lee dipecat oleh
Lembaga Disiplin DAP kerana bertanding sebagai calon Bebas dan beliau
diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan.
Perkara yang sama berlaku di Melaka, penyandang kerusi Kota Laksamana
Sim Tong Him yang bertanding menggunakan simbol DAP telah dipecat
kerana mengisytiharkan dirinya calon Bebas bagi kerusi yang
disandangnya.
Sumber memaklumkan Sim akan kekal sebagai calon DAP bagi kawasan
Parlimen Kota Melaka walaupun telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya kerana beliau mendakwa belum menerima surat rasmi daripada parti
memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Umno turut memecat bekas Timbalan Menteri Pertanian Industri dan Asas
Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar kerana bertanding sebagai calon
Bebas di kerusi Parlimen Tasek Gelugor di Pulau Pinang.
Difahamkan Mohd Shariff bertanding sebagai calon Bebas yang menyokong Pakatan Rakyat di Tasek Gelugor dan kerusi DUN Sungai Dua.
Satu lagi kejutan berlaku apabila calon BN bagi Parlimen Pasir Mas,
Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonannya di Kelantan,
sekaligus membuka sainfan satu lawan satu antara Presiden Perkasa, Datuk
Ibrahim Ali dengan anak Nik Aziz, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata siasatan
terperinci akan dijalankan mengenai sebab mengapa Che Johan gagal
menyerahkan borang pencalonannya serta strategi mereka yang seterusnya
bagi kerusi berkenaan.
Bukan itu sahaja, kejutan turut berlaku di beberapa kerusi apabila pemimpin kanan parti turut menjadi calon Bebas.
Di Ipoh, kerusi Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan saingan tiga
penjuru dengn Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menjadi
calon Bebas. Sejak itulah beliau mengumumkan keluar parti sekaligus
melepaskan semua jawatannya dalam Umno.
Beliau akan menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan calon PAS, Dr Khalil Idham Lim Abdullah.
Di Kuala Lumpur, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR akan menghadapi saingan empat penjuru di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.
Beliau akan berhadapan dengan Tan Kok Eng (BN), serta dua calon Bebas, Mohd Sukeri Abdul Mamat and Mokhtar Salahudin.
Di Pandan, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Ong Tee Kat, Allan Tan
Yew akan bertanding sebagai calon Bebas menentang calon MCA, Garry Lim
dan PKR yang diwakili oleh Rafizi Ramli.
Bukan itu sahaja, saingan lima penjuru turut berlaku di Parlimen
Batu. Penyandang kerusi, Tian Chua daripada PKR akan berhadapan dengan
calon BN, Dr Dominic Lau Hoe Chai, dua calon Bebas iaitu, Atan Jasin,
Nazariah Abbas serta Datuk Hashim Karim daripada Berjasa.
Di Machang Bubuk kerusi DUN di Bukit Mertajam bakal menyaksikan
saingan epik enam penjuru di antara Tan Kok Leah (Gerakan), Lee Khai Loo
(PKR), ‘Datuk’ Dr Vicky Vikneswaran (Kita) dan tiga calon Bebas, Datuk
Tan Hock Leong, Wan Balkis Wan Abdullah dan Ooi Suan Hoe.
Sementara itu saingan antara PKR dan PAS turut berlaku di beberapa kerusi.
PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard di DUN Sungai
Acheh sementara PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS negerim Mohd Yusni Mat
Piah.
PAS mendakwa kerusi berkenaan kepunyaan PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU 2008.
Chegu Bard akan menentang Mohd Yusni Mat Piah dan penyandang kerusi, Datuk Mahmud Zakaria daripada BN.
Labuan turut menyaksikan saingan tiga penjuru, dengan PKR meletakkan
Tan Sri Ibrahim Menudin yang akan berhadapan dengan rakan sekutu mereka
daripada PAS yang meletakkan, Hadnan Mohamad sementara Umno meletakkan
calon muka baru, Rosman Isli.
P/s : Macam - macam ragam orang politik ni..Kita sebagai rakyat PILIH lah dengan WARAS demi kesejahteraan Tanah Air tercinta ini..
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah