Selasa, 2 April 2013

MENGAPA ANDA PERLU TOLAK PAKATAN JENERAL EXPIRED INI?


Kisah 5 orang bekas Jeneral ATM yang telah menyertai politik fitnah dan kebencian yang dianjurkan oleh pakatan parti pembangkang telah mengecewakan hati banyak pihak kerana mereka tergamak menjadi TALI BARUT pembangkang dengan menjadikan ATM/KEMENTAH sebagai sasaran mereka. Jika mahu ‘masuk politik’ janganlah jadi seperti ANJING YANG MENGGIGIT TANGAN YANG MEMBERINYA MAKAN...
 
Daripada pangkat jeneral kitar semula hinggalah bekas-bekas askar Lain-Lain Pangkat yang menyertai pihak pembangkang adalah terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai rekod kesalahan disiplin, diberhentikan dan kecewa dengan perkhidmatan. Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussien (bersara) atau lebih dikenali sebagai Jack Palance yang menyertai PKR baru-baru adalah seorang jeneral yang mempunyai rekod kesalahan menjual rokok bebas cukai kepada anggota semasa beliau menjawat jawatan sebagai Komander Malbat 1 di Bosnia.
 
Penyalahgunaan kuasa beliau sebagai pegawai kanan tentera ATM turut berlaku semasa beliau menjawat jawatan sebagai ASPA/TPTD kerana telah ‘menutup kes’ menantunya yang telah ditangkap menyalah gunakan kenderaan tentera untuk tujuan peribadi. Bukan itu sahaja, semasa jeneral Jack Palance menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, beliau telah menjual VISA kepada rakyat Pakistan! Easy money bukan? Beliau turut menyalahgunakan kuasanya dengan ‘menukar status’ cucunya menjadi anaknya bagi mendapatkan pembiayaan kerajaan.

Ahh.. banyak lagi hendak disebut tapi nantilah...beliau yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Pertahanan dan mungkin bertanding di PRU 13 di Parlimen Setiawangsa & Johor Baharu,kini anda sudah tahu latar-belakang penyangak tersebut...
 
Lain pula cerita Lt Jen Datuk Ghafir, seorang yang kini melalak tidak tentu pasal dengan menyalahkan pihak kerajaan dan kepimpinan ATM kerana kemudahan dan kebajikan anggota tentera yang dikatakan ‘tidak terbela’. Alahai Datuk.Saya fikir Datuk dah tua dan mungkin rabun teruk dan memerlukan bantuan KAR1SMA yang membolehkan Datuk beli kaca mata bagus dengan harga murah. Bukan itu sahaja, perajurit kita di Lahad Datu dikatakan mempunyai standard duduk dibawah rumah orang dan sembunyi dalam reban ayam ajeAtaupun, Datuk perlu dibekalkan dengan kemudahan internet untuk GOOGLE dan ‘spot-check’ peningkatan infrastruktur kem tentera, kebajikan, dan gaji untuk anggota tentera. Janganlah Datuk bandingkan ATM pada zaman Datuk dengan ATM zaman sekarang.
 
Mengenai kes Lahad Datu, Datuk bukan main hentam pihak perisikan tentera kononnya gagal itu lah, gagal ini lah. Mungkin Datuk lupa, tapi saya suka ingatkan masa insiden Sauk/Bukit Jenalik, Datuk merupakan Timbalan Panglima Tentera Darat. So, Datuklah boss yang mesti dipersalahkan kerana perisikan gagal mengesan aktiviti Mat Amin dan konco-konconya seperti Mej Jamaludin Darus yang merupakan anak buah Datuk dahulu..Lupa kaa?
 
Cerita pasal Jeneral yang telah ditarik pangkat dan tauliah iaitu Datu Hadi Khatab tak payahlah saya ceritakan pasal ada bersusun cerita mengenainya di dalam blog Askarsetia. Jika anda mahu kenal siapakah bakal calon PKR dalam PRU akan datang nanti, sila rujuk entri-entri mengenai jeneral songlap enjin jet ini. Ada banyak termasuk luahan hati warga Log TUDM pun ada.

Ada bersusun lagi cerita mengenai pak-pak jeneral dah habis tarikh luput ni, tapi mungkin akan disiarkan pada waktu lain. Pada geng-geng KERABAT dan KOBAT termasuk Lt Kol Nazari Mokhtar (Bersara), anda semua dah takda peluang dah untuk jadi calon atau menteri pertahanan. Semuanya peluang bisnes dan kontrak pak jeneral reput ni dah sapu.
 
Kepada pak jeneral KITAR SEMULA, bayang-bayang kekalahan pihak pembangkang dalam PRU 13 sudah hampir jelas. Sekarang yang kawan dah jadi lawan. Jangan nanti bila dah kalah, malu nak jumpa kawan-kawan lama. Jangan nanti dah sampai ajal, tiada lori 3 tan untuk urusan pengebumian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...