Puak
pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing
bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.
Bertanding
di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin
mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di
hujung tanduk.
Daripada
pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak
daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap, Lim Kit
Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari
meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu.
Yang
menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang
tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang.
Malah
yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin
pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang tegar menyokong mereka
di peti undi ketika itu.
Pemimpin
pembangkang daripada PKR, Pas dan Dap adalah umpama kad bayaran tol 'touch n
go'.
Mereka
datang ke kawasan yang ingini ditandingi, buat bermacam janji manis dan palsu
yang mereka tahu tidak akan ditepati, buat fitnah dan tohmah terhadap kerajaan
ang di pimpin Barisan Nasional dan kemudiannya menang atas premis politik kotor
yang diamalkan puak tersebut.
Anwar
mahu lari keluar dari Permatang Pauh kerana sudah tidak lagi mampu berdepan
dengan kekuatan jentera UMNO-BN yang bakal meranapkan impian beliau ke
Putrajaya.
Bukan
salah BN kuat di Permatang Pauh tetapi oleh kerana tanggungjawab Anwar yang
gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen di kawasan itu.
Daripada
menjenguk pengundi serta menjaga kebajikan mereka, Anwar lebih suka berceramah
ke sana ke sini, dan yang lebih menyeronokkan bagi dirinya ialah sentiasa
berada di luar negara juga berceramah dan memburuk-burukkan negara dan kerajaan
Malaysia.
Kit
Siang juga sudah buat keputusan lari dari Ipoh Timur ke Gelang Patah.
Apabila
kerusi sudah goyang di Perak baru teringat kampung halaman dan sekarang mengaku
pula anak kelahiran Batu Pahat, Johor walhal tidak pernah pun beliau terkenang
atau sekelumit pun menabur bakti di negeri itu apatah lagi kepada penduduk
kawasan Gelang Patah.
Seorang
lagi pemimpin Dap, Liew Chin Tong yang kini mewakili kerusi parlimen Bukit
Bendera juga berura-ura bertukar selera ke Kluang pula, kononnya dia berasal
dari kawasan itu.
Naib
Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bakal menempah bala di Johor apabila
menggunakan alasan negeri kelahirannnya untuk membina tapak politik baru.
Keangkuhan
pemimpin pembangkang berhijrah ke Johor di desak oleh beberapa faktor politik
antara yang utamanya andaian bahawa negeri kelahiran UMNO itu sudah tiba
masanya menerima kehadiran kerajaan negeri pembangkang.
Strategi
politik cetek yang menganggap Johor 'senang di makan' sebenarnya akan memakan
diri pembangkang sendiri.
Tujuan
Dap adalah untuk melumpuhkan pimpinan MCA di Johor berdasarkan unjuran bahawa
pengundi Cina di negeri itu akan memberi undi mereka kepada calon pembangkang.
Bagaimana
harus di ingat pengundi Cina di Johor bukan seperti pengundi di negeri lain
yang agak mudah untuk dipengaruhi pembangkang.
Mereka
mempunyai contoh pembangunan pesat di negara jiran di sebelah selatan untuk
dijadikan sebagai model.
Melihat
kepada BN yang telah membawa pembangunan pesat di Johor, pengundi Cina akan
berfikir sepuluh kali sebelum bertindak untuk bertukar angin kepada Pakatan
Rakyat.
Ini
kerana melalui dasar pro-bisnes yang menjadi tunggak pemerintahan BN,
masyarakat Cina telah berjaya menguasai bidang perniagaan serta membina
kekayaan bagi mereka.
Pengundi
Cina di Johor tidak akan memgambil risiko besar untuk berkiblat kepada
pembangkang hanya berbekalka air liur Anwar atau Kit Siang sahaja.
Tempat
Chin Tong yang akan dikosongkan pula bakal diisi oleh setiausaha politik kepada
Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Lim Abdullah aka Christopher Lim yang
mengeksploitasi nama pemimpin UMNO yang banyak berjasa, Tan Sri Mohd Khir
Johari untuk menumpang tuah politik ayah tirinya.
Nizar
yang dahulunya bercadang untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Bukit
Gantang yang dimenangi pada pilihan raya kecil 2009 juga kini sudah mengubah
fikiran.
Kini
kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang yang kononnya menjadi benteng
kuatnya mahu ditingallkan kerana merasakan Changkat Jering lebih selamat
baginya.
Ini
semua disebabkan perubahan suasana politik yang dilihat lebih memihak kepada BN
menjelang PRU ke 13.
Kalau
dahulu BN dilihat lemah dan diselubungi pelabagai masalah persepsi termasuk
kemelut dalaman, kini empat tahun di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun
Razak, senario dan tanggapan negatif ini telah berubah secara drastik.
Kalau
dahulu orang BN sendiri dikatakan malu untuk dikaitkan dengan parti mereka,
kini terdapat lonjakan semangat baru yang berkobar-kobar untuk memastikan
majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat digenggam semula dan empat buah negeri
tadbiran pembangkang di rampas kembali.
Suasana
kebangkitan UMNO dan BN inilah yang menggerunkan Anwar, Kit Siang, Nizar dan
ramai pemimpin pembangkang yang lain.
Berdasarkan
populariti BN yang semakin meningkat dan diyakini rakyat Pulau Pinang
kemungkinan Setiausaha Agung Dap itu kecundang di tangan calon BN tidak boleh
diperkecikan malah ia mampu diterjemahkan kepada realiti yang pahit bagi parti
cauvinis Cina itu.