AJK DAP Kedah, Neelamekan Juga Mahu Pengundi Tidak Undi PAS
ALOR SETAR: Seorang lagi pemimpin DAP menggesa pengundi
menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini sehingga parti itu
meninggalkan cita-citanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam.
Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan berkata Perlembangaan
Persekutuan telah menjelaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular,
sambil menambah cadangan tidak henti-henti mengenai pelaksanaan
undang-undang hudud ‘sangat menganggu’ masyarakat bukan Islam.
Beliau berkata PAS sangat konsisten dan mendesak dalam melaksanakan
undang-undang berkenaan yang disifatkannya, ‘sangat berbahaya’ kepada
Malaysia.
"Satu-satunya cara untuk menghentikannya adalah tidak menyokong PAS,” kata Neelamekan.
"Saya tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli DAP dan rakyat
Malaysia melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak mendapat
undi kita,” katanya.
Neelamekan, yang juga Ketua DAP bahagian Lunas bagaimanapun membuat kenyataan tersebut sebagai pandangan peribadinya.
Beliau menegaskan ia bertentangan dengan suara hatinya jika dia tidak bercakap mengenai penentangannya dalam isu berkenaan.
Pada Sabtu, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez turut
menyatakan pendirian yang hampir serupa, beliau dilaporkan berkata
masyarakat bukan Islam sepatutnya menilai risiko yang akan berlaku
sekiranya mereka mengundi PAS.
Beliau dipetik sebagai berkata, rakyat Malaysia terutamanya penduduk
Johor sepatutnya berfikir dengan sebaik-baiknya sebelum mereka mahu
mengundi PAS.
Neelamekan berkata beliau terpaksa membuat kenyataan sedemikian
kerana dia tidak mahu membuat persepsi hanya Pengerusi DAP, Karpal Singh
yang menentang pelaksanaan hukum hudud.
"Sebagai pemimpin DAP, jika kita tidak menyatakan pendirian kita, ia
akan memberi persepsi bahawa kita menyokong pendirian PAS," katanya.
Neelamekan berkata bekerjasama dengan PAS di Kedah sangat
mengecewakan kerana banyak isu yang bertentangan dengan kerangka kerja
Pakatan Rakyat. Beliau turut memberikan contoh pengharaman yang dibuat
oleh kerajaan PAS Kedah termasuk penutupan rumah penyembelihan dan
larangan artis wanita membuat persembahan di pusat beli belah pada
majlis Sambutan Tahun Baru Cina.
Justeru, Neelamekan yang telah 27 menyertai DAP menggesa semua pihak menilai semula jalinan kerjasama dengan PAS.
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah