Menyedari
semakin ramai yang berpandangan serong terhadap golongan mahasiswa yang
dilihat sejak kebelakangan ini begitu cenderung melakukan perkara yang
menjatuhkan imej mahasiswa, maka sekumpulan mahasiswa yang mewakili
suara mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara
mewujudkan SISWA4U.
Pengerusi SISWA4U, Mohd Hafiz Ariffin berkata, penggerak entiti ini adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus.
“Matlamat SISWA4U adalah untuk mengerakkan seluruh suara dan tenaga
mahasiswa untuk terlibat di dalam proses demokrasi, politik baru dan
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 secara sihat, rasional, matang, berilmu,
berintegriti dan bermaruah sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai
salah satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai
generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa
hadapan.
“Selain itu kami juga menolak sikap segelintir
mahasiswa yang menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak
betul dan ganas. SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang
jauh lebih harmoni dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih
terpelajar dan bermaruah,” ujarnya dalam sidang media khas bagi
menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional di
bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.
Tambah Hafiz, sesuai dengan keterbukaan kerajaan yang telah meminda
perkara 15(2) AUKU, aktivis SISWA4U dengan ini menyatakan kesediaan
sepenuhnya untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi dalam PRU-13
secara sihat malah turut bersedia sekiranya diperlukan untuk membantu
kempen pilihan raya.
Ujarnya lagi, SISWA4U bukan menyatakan
sokongan secara membuta tuli dan tiada asas tetapi berdasarkan kajian
yang telah dilakukan terhadap setiap transformasi yang dilakukan oleh
Perdana Menteri maka telah terbukti hanya Barisan Nasional yang paling
layak diberi mandat untuk terus menjadi pucuk pimpinan negara.
“Kami akan terus bergerak untuk membantu kerajaan mendekati anak muda.
Sebagaimanan Perdana Menteri bersungguh mendekati anak muda dan menjiwai
denyut nadi anak muda melalui pelbagai pendekatan termasuk melalui
media sosial, begitu juga kami SISWA4U.
“Kami mewakili suara
anak muda yang cintakan negara dan mahu negara ini terus aman, maju dan
makmur, maka kami barisan SISWA4U dengan ini berikrar akan memberi
sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri untuk terus
membantu beliau menyakinkan rakyat Malaysia khususnya anak muda agar BN
terus diberi mandat menerajui negara ini,” ujarnya lagi
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah