Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Khamis, 23 Mei 2013
Adam Adli bebas dengan ikat jamin
Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan tahanan reman ke atas aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Norsharidah Awang, hari ini.
Bekas mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Adam Adli yang berpakaian t-shirt ketika dibacakan pertuduhan, diwakili tiga peguam iaitu Datuk S.Ambiga, N. Surendran dan Afiq Mohd Noor.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama.
Kes Adam Adli akan disebut semula pada 2 Julai depan.
Pertuduhan dibacakan oleh pendakwaraya Mahkamah Sesyen, Mitchell Yesuvass.
Walaupun pendakwaraya menyifatkan Adam Adli tidak menimbulkan keganasan ketika melakukan kesalahan itu, namun kenyataan aktivis pelajar itu boleh menimbulkan keganasan.
N.Surendran yang mewakili Adam Adli ketika pertuduhan itu dibacakan, mempertikaikan penahanan anak guamnya di bawah akta yang akan dimansuhkan seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
Bagaimanapun hakim menjawab cadangan pemansuhan akta tersebut masih dalam kajian dan di peringkat pra-matang.
Dalam penghujahannya, N.Surendran menegaskan anak guamnya sepatutnya dibebaskan tanpa ikat jamin kerana beliau seorang pelajar sementara bapanya seorang pesara kerajaan dan kes tersebut akan dibuat rayuan di Mahkamah Tinggi.