Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun
terdedah dan tersebar di You Tube sebuah video yang dikirim kepada pihak
pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat
kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.
Antara
kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the
Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’. Dan ‘kami akan
membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi.
Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan,
‘bakal kerajaan baru Malaysia’ seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu
yang pasti. Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan
jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’.
Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi
tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya. Seperti yang
dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan
memikirkannya. Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada
mengakui kesilapan.Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau
pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO.Soalnya, jika UMNO ingin mengupah
Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel
adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang
jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR.
Tentulah ini tidak masuk akal.
Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu,
sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.
Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka
terhadap Anwar. Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap
Israel. Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk
menafikannya?
Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis
Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel. BERSIH dan SUARAM, iaitu
dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah
mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang
turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia
melalui misi pertukaran rejim.
Namun, apa yang wajar diberi
perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah
daripada perutusan doa semata-mata. Kenapa? Apakah sudah sah yang PR
akan menang? Atau apakah mereka telah diberi maklumat palsu oleh agen
di sini bahawa kononnya PR akan menang? Atau apakah PR akan memastikan
mereka menang juga dalam PRU kali ini dengan apa jua cara, bersih atau
kotor, depan atau belakang secara aman atau bermandi darah?
Kita mungkin tidak akan mampu untuk ‘memulihkan penglihatan’ atau
‘mengembalikan kewarasan’ saudara-saudara kita di dalam PAS dengan
menyebarkan video ini tetapi kita boleh terus berusaha bagi mengelakkan
segala kemungkinan buruk. Apapun perancangan musuh terhadap kita tidak
akan berjaya jika kita tidak terpedaya dalam permainan mereka untuk
melagakan kita sesama sendiri atau mengheret kita ke jalanraya untuk
berdemonstrasi.
Pilihanraya kali ini bergantung sepenuhnya
kepada kebijaksanaan rakyat untuk berfikir. Sedarlah bahawa kita telah
memasuki era baru di mana yang bijak sahaja yang akan selamat manakala
yang masih ketinggalan di zaman jahiliah sibuk berfikir soal wanita
serta dosa pahala orang akan ‘hilang’ secara perlahan-lahan.
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah