Saiful
Bukhari Azlan telah memuat naik video beliau mengangkat sumpah laknat
di Mekah yang dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara
paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008.
Beliau turut
menunjukkan kepada pemberita pada sidang media di sini pada Khamis, dan
menegaskan apa yang berlaku merupakan bukti yang dikatakannya bukan satu konspirasi politik.
"Ketika ayah menghubugi saya semalam (Rabu) pagi, saya tidak dapat
berkata-kata. Apa yang saya boleh katakan adalah, teruskan," katanya.
Pada Rabu, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim pada Rabu menarik balik
kenyataan beliau sebelum ini dan mengaku kejadian liwat ke atas anaknya
oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.
Pada 11 Mac lalu, Azlan, 60, berkata kes liwat yang melibatkan anaknya
itu merupakan sebahagian daripada konspirasi dirancang oleh seorang
pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri untuk memusnahkan karier politik
Anwar.
Saiful, 29, bekas pembantu peribadi pemimpin Pakatan
Rakyat itu, sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan terus konsisten
dalam usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya dalam kes diliwat bekas
majikannya seperti mana yang tercatat dalam laporan polis yang dibuatnya
pada 29 Jun 2008.
Bagaimanapun, pada 9 Januari tahun lepas,
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar atas
dakwaan meliwat Saiful, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara,
Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26
Jun 2008.
Sejak itu, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap tertuduh.
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah