GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) supaya membatalkan beberapa kerusi Parlimen dan
sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai bilangan sama
banyak.
"Ini untuk mengelakkan Parlimen tergantung," katanya pada sidang akhbar di Air Itam, Sabtu.
Karpal mengulas tentang pilihan raya kecil di Kuala Besut, Terengganu
akan datang dengan kemungkinan berlaku pemisahan 32 kerusi sama rata.
"SPR perlu menambah sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di negeri-negeri ini," katanya.
Katanya dewan undangan negeri-negeri yang lain dengan jumlah kerusi
sama banyak ialah Pulau Pinang (40), Kedah (36), Pahang (42), Selangor
(56), Negeri Sembilan (36), Melaka (28), Johor (56) dan Sabah (60).
Dalam perkembangan berasingan, Karpal menggesa bekas Naib Presiden
Indonesia Jusuf Kalla menarik balik dan memohon maaf kerana mendakwa
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima bantuan untuk
mengadakan Himpunan 505 daripada beberapa pihak termasuk Turki,
Washington dan Filipina.
"Kenyataan-kenyataan oleh Jusuf boleh menjejaskan Pakatan Rakyat.
"Apa yang berlaku kepada Anwar dan kredibiliti beliau juga akan
memberi kesan kepada parti komponen Pakatan Rakyat," kata beliau.
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah