Ahad, 30 Jun 2013

Sukar Rampas Kuala Besut Dari BN - Mat Sabu

GEORGE TOWN: PAS menegaskan persaingan amat getir bagi parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu yang harus diadakan pada 27 Ogos ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kawasan tersebut yang terdiri daripada 97% pengundi Melayu dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

"Ia adalah kawasan luar bandar dan kami menjangkakan persaingan akan menjadi sengit.

"Tidak mudah untuk menang di kawasan luar bandar.

"Tiada keputusan dibuat mengenai calon yang akan diturunkan untuk bertanding di sana," kata Mat Sabu sambil menambah kebanyakan pengundi di kawasan itu bekerja sebagai nelayan.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undang Negerinya (Adun) Dr A Rahman Mokhtar, 55, pada Rabu lalu.

Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu selepas menewaskan calon PAS, Napisah Ismal dengan memperoleh 2,434 majoriti undi.

Kekosongan itu meletakkan BN berada dalam keadaan tidak selamat kerana kegagalan untuk mempertahankan kerusi itu akan menyebabkan DUN tergantung di Terengganu.

Sekiranya Pakatan Rakyat menang, ia akan menyebabkan kedua-dua parti memperoleh keputusan seri, sama-sama memenangi 16 DUN.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kemungkinan keadaan DUN tergantung tidak akan berlaku kerana parti pilihan di kawasan tersebut masih BN.

"Mereka mempunyai kelebihan di sana," katanya.

Namun, beliau berkata, dia menjangkakan PAS akan memberi tentangan sengit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...