Selasa, 29 Oktober 2013

15 rumah atas air Kampung Awat Awat musnah terbakar



LAWAS 29 Okt. - Lebih 60 penduduk di Kampung Awat Awat, Sundar di sini hilang tempat tinggal selepas 15 buah rumah di perkampungan atas air itu musnah dalam kebakaran hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu dipercayai bermula dari bilik sebuah rumah sebelum merebak ke kediaman lain yang terletak berdekatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Nor Hisham Mohammad berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu - SUMBER
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...