Rabu, 23 Oktober 2013

Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

PETALING JAYA: Seorang pegawai bank mati di tempat kejadian setelah ditembak oleh seorang pengawal keselamatan yang berkerja di bank yang sama tempat beliau berkerja, di Subang Jaya.

Mangsa, Norazita Abu Talib, dikatakan telah ditembak di kepala semasa membuka pintu bilik kebal ketika beliau didakwa ditembak oleh pengawal keselamatan yang bersenjata.

Pengawal keselamatan terbabit yang turut bersama dengannya ketika membuka peti besi di bank itu berjaya melarikan diri dengan sejumlah wang tunai.

Polis sedang menyiasat kejadian itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...