Seorang pengkaji Mitsuyuki Ikeda, dari Okayama Laboratory,
telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya
menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu
banyak di loji buangan najis.
Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut
kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang
banyak. Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia
mempunyai jumlah protein yang tinggi.
Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna
artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti
daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan
untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut.
Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini
tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.
63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral
merupakan kandungan yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya,
mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam
mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.
Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan
tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah
pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan
harganya 10 hingga 20kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa.
Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila
kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan
harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan. Katanya lagi,
daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah kalori
Macam nilah rupanya after telah menjadi daging tiruan :(