Selasa, 31 Januari 2017

Kepada yang TAK MAHU BAYAR PTPTN tu ,baca sini : Pinjaman PTPTN Ditukar Biasiswa dan Syarat CGPA


Nama PTPN ini bukanlah asing bagi penuntut institusi pendidikan tinggi negara samaada belajar di institusi Awam mahupun Swasta. PTPTN ini menyediakan kemudahan pinjaman kepada semua pemohonnya dengan mengenakan beberapa perkiraan untuk kos pentadbiraannya. Jumlah pinjaman setiap penuntut adalah berbeza mengikut jenis kursus, jenis institusi dan keperluan lain untuk meneruskan pengajian. Universiti swasta diperuntukkan pinjaman yang lebih tinggi berbanding universiti awam.

Apabila diistilahkan sebagai pinjam, maka perkataan bayar juga berkaitan antara satu sama lain. Kaedah bayaran serta jumlah bayaran juga berbeza mengikut jumlah pinjaman yang telah dibuat. Mungkin ramai yang telah sedia maklum bahawa kadangkala tidak semua pinjaman dituntut untuk dibayar semula. Ada beberapa pengecualian dan pinjaman ditukar kepada biasiswa kepada mereka yang cemerlang. Bagi mereka yang mendapat keputusan kelas pertama pastinya boleh memohon untuk menukarkan pinjaman kepada biasiswa.

Apa itu kelas pertama?

Sebenarnya di universiti mempunyai peperiksaan dimana keputusan akhir peperiksaan akan diberikan gred tersendiri. Gred CGPA yang biasanya dipanggil “ Pointer “ mampu membezakan kelas tersendiri kepada penuntutnya. Untuk mendapatkan Ijazah kelas pertama, penuntut perlu mendapatkan keputusan CGPA 3.75 – 4.00. Untuk Ijazah kelas kedua pula ialah CGPA 3.5 sehingga 3.74. Oleh demikian, untuk menjadikan pinjaman PTPTN masing-masing menjadi biasiswa penuntut perlu berusaha untuk mendapatkan CGPA 3.75 hingga 4.00. Sekiranya berjaya mendapatkan keputusan yang ditetapkan, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan itu.


Peluasan Dasar Penukaran Kepada Biasiswa PTPTN

Menurut surat pekeliling untuk sebaran bilangan 1 tahun 2012 yang mula berkuatkuasa 15 Jun 2012. Kemudahan pertukaran dari pinjaman biasiswa ini telah diperluaskan kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian sebelum 1 Januari 2010. Peluasan ini juga ditujukan kepada penuntut yang seperti biasa memerlukan syarat mendapat Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya dalam peperiksaan masing-masing.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...