Khamis, 26 Januari 2017

Skandal BMF: Penafian Mahathir Kena Percaya, Penafian Najib Ditolak Begitu Saja?


TIMBUL satu persoalan di benak penulis, kenapa bila Mahathir dengan mudah menafikan pembabitannya dalam skandal BMF lebih 30 tahun dulu – setelah didedahkan sebaliknya oleh CIA kelmarin, rakyat perlu menganga percaya dan tidak mempersoalkan penafian yang sungguh bodoh nampaknya tu?

Bodoh sebab, sudahlah Mahathir ini Perdana Menteri pada waktu skandal ini berlaku, pasukan khas Bank Negara yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal ini pun melapor terus kepadanya, dia tu sendiri beberapa kali memberikan sidang media mengenai kes tersebut – tak berkaitan macam mana?

Kalau macam tu, percaya jugalah penafian Datuk Seri Najib apabila beliau dikaitkan dengan ‘skandal’ yang didakwa berlaku dalam 1MDB.  Penafian Najib lagi logik berbanding penafian bodoh Mahathir sebab jelas tidak ada bukti apa salah laku yang didakwa dilakukan Najib.

Hanya kerana Najib menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat (bukan Pengerusi Lembaga Pengarah), semua benda yang berlaku dalam syarikat tersebut nak dikaitkan dengan beliau? Apa beza bila Mahathir petang tadi menjadikan alasan “takkan semua bank hilang duit, saya juga yang salah?”

Tak disebutkan lagi 1MDB ni tidak kehilangan apa-apa wang mahupun menyebabkan sesiapa terbunuh seperti yang berlaku dalam skandal MBF yang sekarang diakui CIA bahawa Mahathir terbabit.

Skandal MBF ini dikirakan terbesar pada zaman itu.  Memanglah kalau ikut nilai duit, lebih kurang USD 1 billion atau RM 2.2 billion tapi itu nilai waktu itu.  Kalau dibaca pada zaman sekarang, mahu cecah RM 10 billion hilang (bukan hutang), boleh nafi macam itu saja?

Oleh itu berdasarkan pendedahan terbaru CIA ini, kerajaan perlu mengadakan satu tribunal khas untuk menyiasat semula perkara tersebut.  Agak menghairankan bagaimana skandal begitu besar dengan jumlah wang yang hilang pun besar juga,  tapi tidak ada seorang pun yang didakwa kerananya di Mahkamah Malaysia ini.

Selain pasukan khas itu pun tidak membabitkan pihak yang sepatutnya menyiasat apa bentuk penyelewengan seperti BPR (sekarang SPRM).

Adalah yang kena dakwa tapi di Hong Kong, padahal kalau berdasarkan kepada kertas putih Parlimen tahun 1986, ada di antara keputusan untuk memberi pinjaman yang membawa kepada berlakunya skandal itu, dibuat disini.  Tapi aneh, tak ada siapa pun masuk penjara sekalipun begitu ramai yang boleh dikaitkan.

Bukan dalam skandal BMF ini saja, semua skandal yang melibatkan Mahathir ni perlu disemak balik. 

Penulis paling berminat dengan krisis ekonomi 1997 sebab dulu Mahathir kata Soros punca, sekarang dah bukan Soros pulak.  Jadi siapa sebenarnya yang bertanggungjawab?  Mahathir ke?

Sebelum dia ‘pergi’ ni, selesaikanlah persoalan tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...