Jumaat, 14 April 2017

Kahwin Bawah Umur Ditolak, Seks Bawah Umur Ok?


Kuala Lumpur: Kanak-kanak perempuan yang melakukan hubungan seks pada umur 9 dan 10 tahun sehinggakan mungkin mengandung tidak patut dikahwinkan, kata Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai yang mewakili parti DAP. Respons ini diberikan sempena Usul Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang telah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini. 

Beliau dalam satu status Facebook menyatakan bahawa, “Kanak-kanak perempuan yang mengadakan hubungan seks dengan rela hati pada umur 9 atau 10 tahun serta mungkin mengandung akibat dari hubungan itu tidak patut dikahwinkan”.

Sebaliknya menurut beliau, kanak-kanak ini perlu diberi khidmat nasihat dan pendidikan serta terus menghadiri sekolah dan meneruskan pembelajaran seperti mana-mana kanak-kanak yang sebaya. 

“Untuk berhujah bahawa perkahwinan anak-anak mereka ini akan menyelamatkan maruah atau mengelakkan malu adalah satu tindakan mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab”, tegas beliau. 

Selain daripada itu beliau turut menyokong pendirian Ahli Parlimen Sungai Siput untuk membolehkan sweetheart defence sewaktu usul ini sedang dibincangkan. Sweetheart defence adalah merujuk kepada tindakan memaafkan kanak-kanak bawah umur yang melakukan hubungan seks jika julat umur diantara mereka berdua adalah kecil. Namun begitu cadangan ini telah ditolak oleh Dato’ Sri Azalina.



Menurut Teo Nie Ching, pasangan kanak-kanak yang tidak mengetahui kaedah mengadakan hubungan seks terlindung belum cukup matang untuk berkahwin. Katanya lagi, sijil perkahwinan tidak menjadikan pasangan berzina itu dewasa dalam semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...