Lelaki yang dipercayai menjadi mangsa perang itu amat bernasib baik kerana roket berkenaan tidak meletup ketika kejadian, demikian menurut laporan Mirror Online.
Katanya, kejadian ber­kenaan telah dirakam menerusi video berdurasi 48 saat sebelum dimuat naik ke dalam laman sosial, Live Leak.

Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan dilihat berada dalam keadaan meniarap atas katil sementara pembedahan dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah.

Difahamkan, pembedahan itu dianggap sukar kerana roket terbabit tidak boleh dikeluarkan de­ngan mudah dan sebahagian daging paha mangsa terpaksa dipotong untuk mengeluarkan roket ber­kenaan.

Roket itu kemudian dibawa keluar dari bilik bedah itu sebaik sahaja pembedahan selesai.
Iraqi Clinical Knowlegde dilaporkan turut menyiarkan kisah yang sama dalam laman Facebook mereka.

Dalam pada itu, lelaki terbabit dikatakan ber­ada dalam keadaan stabil dan bernasib baik kerana kakinya tidak perlu dipotong semata-mata untuk mengeluarkan roket tersebut.

Bagaimanapun, mangsa mungkin terpaksa menjalani satu lagi pembedahan untuk membaiki tulang pahanya yang rosak akibat tusukan roket ber­kenaan.