Sabtu, 17 Jun 2017

Dah setahun sejak DOJ memfailkan tuntutan sivil untuk merampas aset-aset yang dikatakan dibeli menggunakan wang 1MDB dan sampai sekarang masih tunggu tuduhan jenayah oleh DOJ



"Duit 1MDB sebanyak US$450 juta yang dirompak boleh digunakan untuk biayai biasiswa pelajar ke luar negara"

"Duit 1MDB yang hilang boleh tolong orang miskin"

"Duit 1MDB yang hilang cukup untuk tanggung xx orang pelajar belajar di universiti"

Dekat atas contoh-contoh ayat yang kita baca dalam media sosial bila Department of Justice memfailkan tindakan sivil untuk menyahlucutkan hak aset-aset yang DIDAKWA (ALLEGEDLY) dibeli menggunakan duit 1MDB yang diseleweng.

Macam ni lah. Saya nak bagitau orang yang tak faham tentang kewangan kerajaan. Kalaupun 1MDB tak pernah wujud, takkan ada tiba-tiba duit tambahan untuk kerajaan membiayai biasiswa pelajar, membasmi kemiskinan dan sebagainya.

Duit yang DIDAKWA diseleweng tersebut bukannya datang daripada kantung kerajaan. Duit itu adalah hasil terbitan bon yang dibuat oleh 1MDB. 1MDB tak pernah terima apa-apa duit daripada kerajaan kecuali modal berbayar (paid-up capital) RM1,000,002 semasa ianya ditubuhkan dan RM950 juta standby credit oleh MOF yang sudah dilangsaikan sepenuhnya oleh 1MDB berserta keuntungan kepada MOF.

Perbelanjaan seperti biasiswa, program membasmi kemiskinan dibiayai menggunakan hasil kerajaan bukannya pinjaman melalui terbitan bon syarikat milik kerajaan seperti 1MDB.

Jika benarpun dakwaan duit terbitan bon 1MDB diseleweng, duit itu tidak boleh digunakan untuk bagi biasiswa, bagi bantuan kepada orang miskin sebab ianya adalah duit pinjaman yang perlu dibayar balik. Faham?

p.s. Dah setahun sejak DOJ memfailkan tuntutan sivil untuk merampas aset-aset yang dikatakan dibeli menggunakan wang 1MDB dan sampai sekarang masih tunggu tuduhan jenayah oleh DOJ kepada mereka yang didakwa terlibat menyeleweng duit 1MDB. Kalau bukti-buktinya kukuh, tahan dan dakwa di mahkamah. Until then, innocent until proven guilty. 

SYAHIR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...