Ahad, 18 Jun 2017

SAMAN CIVIL DOJ HANYA KONSPIRASI JAHAT









Tidak cukup dengan tindakan tidak professional pihak DOJ, Al-Jazeera pula mengeluarkan sebuah video yang hanya bertujuan untuk mencurah minyak ke dalam api. 

Mengapa saya kata DOJ tidak professional? Kerana sekiranya DOJ mempunyai bukti kukuh terhadap dakwaan-dakwaan tersebut, sepatutnya DOJ merampas saja harta-harta yang telah dinyatakan dan mengambil tindakan yang selanjutnya. Sebaliknya, DOJ mengadakan press conference yang hanya memberi ruang kepada pihak yang berkepentingan untuk memainkan isu ini sedangkan kesahihan dakwaan belum terbukti. 

Al-Jazeera pula amat licik mengeluarkan video untuk memperkuatkan persepsi negatif yang sengaja direka pihak tertentu. Namun Al-Jazeera tidak boleh disaman kerana di dlm video tersebut ia hanya menyatakan "allegedly". Video itu bukannya menyatakan yg salahlaku telah berlaku, sebaliknya ia sekadar memberitahu bahawa ada dakwaan. Namun ia sudah cukup menjadi bahan jaja pihak tertentu untuk mempengaruhi mereka yang naif dan senang mempercayai sesuatu tanpa usul periksa. 

Perlu diingat bahawa negara Iraq telah hancur atas dakwaan memiliki WMD yang akhirnya terbukti tiada kebenarannya. Al-Jazeera pula telah menjadi alat propaganda Arab Spring sehingga mengakibatkan jutaan rakyat di Timur Tengah terkorban dan menjadi pelarian akibat berperang sesama sendiri. 

Mengapa Malaysia menjadi sasaran? Kerana negara kita adalah satu-satunya negara Islam yang berdaya saing, masih kuat berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, memberi perlindungan kepada umat Islam yang menjadi pelarian dan termaktub di dalam perlembagaannya bahawa Islam adalah agama persekutuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...