Ahad, 6 Ogos 2017

PELANTIKAN SAYA BERPERLEMBAGAAN - KETUA HAKIM NEGARA





Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif berkata, pelantikan beliau ke jawatan tersebut bermula semalam adalah berperlembagaan kerana prosedurnya mengikut undang-undang.

Beliau memberi jaminan akan menjalankan tugas yang diamanah kan sepanjang tiga tahun pelantikan tersebut.

Md. Raus memberi reaksi pertamanya ketika mengulas isu pelantikan beliau yang menimbulkan kontroversi sehingga menyebabkan Badan Peguam Malaysia mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Khamis lalu.

Badan Peguam meluluskan usul bahawa pelantikan beliau dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin adalah tidak berperlembagaan.

Presidennya, George Varghese berkata, badan itu berpendirian untuk mengemukakan tindakan undang-undang bagi mencabar pelantikan tersebut dalam tempoh terdekat. – UTUSAN ONLINE.



Sementara itu mengikut seorang pensyarah undang-undang yang merupakan bekas ahli Dap, mengkritik usul yang dikemukan oleh Badan Peguam tersebut kerana daripada 17752 peguam yang berdaftar hanya 993 ahli yang hadir dan mengundi usul tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...