Isnin, 16 Oktober 2017

Benarkah DS Najib ini ada 'daulat' seorang Raja ??



DS Najib ialah Perdana Menteri Malaysia. Di Pahang beliau ialah Orang Besar Berempat Syahbandar. Kenapa beliau ada 'daulat' sebab DS Najib adalah keturunan Kesultanan Gowa ke 19: Raja Gowa ke 19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung. Gowa terletak di Sulawesi Selatan penempatan masyarakat Bugis-Makassar.

Salah seorang cucunya bernama Muhammad Nazaruddin Karaeng Agang Jene' atau sebutannya Karaeng Aji. Karaeng Aji adalah keturunan langsung Raja Gowa Sultan Abdul Djalil. Bondanya Siti Aminah adalah puteri Sultan Bima.

Sebagai keturunan langsung Raja Gowa, Karaeng Aji merasa lebih berhak menjadi Raja Gowa dari pada La Pareppa, apalagi Beliau telah dicadangkan oleh Dewan Adat Bate Salapang untuk menggantikan La Pareppa sebagai raja Gowa (namun akhirnya yang menggantikan La Pareppa adalah I Mappaurangi Sultan Sirajuddin Tuminang ri Pasi).



Maka seperti kebiasaan orang-orang Gowa Makassar maka beliau pun pergi merantau meninggalkan Gowa pada tahun 1722 menuju Negeri Pahang. Di negeri Pahang, Karaeng Aji berhasil menjadi Syahbandar dan mendapat gelaran Toh Tuan.

Setelah itu, Karaeng Aji kemudian menikahi salah seorang Puteri di negeri Pahang dan memiliki banyak keturunan di sana.

Beberapa cucu dan cicitnya di kemudian hari menjadi orang ternama dan nombor satu di Malaysia diantaranya : Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (PM Malaysia sekarang/ Ke 6), Tun Abdul Razak (PM Malaysia ke 2) dan Tun Musa Hitam.

" Saya adalah Anak Gowa, Saya keturunan langsung Raja Gowa dan Hari ini saya Balik ke Gowa Bukan untuk Merampas Tahta Raja Gowa, Melainkan untuk menjalin semangat kekeluargaan yang sebenarnya tidak putus....,Saya adalah Anak Gowa yang merantau 11 (sebelas) Generasi lamanya".

DS Najib mengunjungi Gowa untuk berziarah ke makam leluhurnya di Kompleks Pemakaman Raja Gowa, di Desa Palantikang, Gowa.





Puluhan pasukan berkuda serta 30 orang paganrang bulo (penari gendang) dari Kerajaan Gowa menyambut kedatangan PM Malaysia ke Gowa. Perdana Menteri Malaysia yang mendapat julukan I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone ini diterima dengan adat Kerajaan Gowa di perbatasan Sungguminasa-Makassar.




Di Pahang, Raja Gowa Najib ini menyembah KDYMM Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. DS Najib adalah dari keturunan Orang Kaya Indera Syahbandar iaitu Orang Besar Berempat Pahang yang kini disandang oleh beliau.

Inilah hebatnya  rumpun Malay Archipelago ...suku kaum di rumpun ini memang suka  berhijrah ke satu tempat . Kalau tak,tak ramai la Raja di beberapa negeri   seperti yang berlaku sekarang  di Malaysia .

Begitu juga DS Najib berdarah Bugis  datang jauh nun dari Sulawesi . Kita bertuah mempunyai seorang lagi PM berasal  dari salasilah keturuan Raja . Semoga beliau dapat pertahankan Kota Kerajaan Melayu ini dari DAP dan konco2 nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...