Ahad, 15 Oktober 2017

Empayar perbankan Mahathir bernilai RM160 bilion




❎ Mahathir mengatakan bahawa dia tinggal di sebuah rumah biasa. Tetapi itu adalah kediaman rasminya. Dia bercakap tentang hanya satu rumah sahaja.

❎ Bagaimana rumahnya di London sahaja bernilai ratusan juta. Jadi mengapa terus bercakap tentang 'rumah biasa'? 

❎ Banyak lagi rumah Mahathir yang saiz atau harga yang tidak biasa dengan yang dia sebutkan. 

❎ Dan bagaimana dengan ladang besarnya di Argentina. Adakah itu 'biasa' juga? Saiz ladang ini mungkin sebesar seluruh negeri Perlis.

❎ "Jika dia (RPK) tahu saya mempunyai RM1 bilion, ini bermakna dia juga boleh melihat melalui dinding setebal 10 kaki," kata Mahathir. (The Malaysian Insight)

❎ Malaysiakini juga turut melaporkan hal yang sama dengan lebih terperinci, yang mana anda boleh membacanya pada lampiran di bawah. 

❎ Jawapan saya kepada komen Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu petikan dari Euripides: " Sebelum Allah hancurkan seseorang, Allah akan jadikan dia nyanyuk dulu"

❎ Sekarang, Mahathir bercakap seperti budak hinggusan. Tiada logik atau rasional dalam apa yang dia katakan dan bagaimana dia menyampaikannya.

❎ Dia fikir dia telah melepaskan komen sarkastik tetapi sebenarnya komen dia itu adalah komen bodoh

❎ Sekiranya ini adalah satu perdebatan maka budak mentah seperti Syed Saddiq Abdul Rahman akan dapat mengalahkan Mahathir

❎ Tepat 100 perkataan yang keluar dari mulut Mahathir. Tetapi dia tidak memjelaskan isu yang paling penting sekali iaitu:

❎ "Secara mutlak saya menafikan bahawa Lim Kit Siang telah meminta saya membayar dia RM1 bilion dan saya juga bersetuju untuk membayar RM1 bilion kepadanya supaya




Mahathir’s RM160 billion banking empire – Malaysia Today 

Memang benar. Kekayaan Mahathir dan Daim jika di gabungkan adalah berjumlah RM160 bilion dimana ia digunakan untuk memiliki lebih daripada 50 bank di seluruh dunia dan dana tersebut kini telah meningkat kepada RM200 bilion. Dan apa yang lebih menarik ialah Kit Siang walaupun dia tidak mengatakan apa-apa tetapi dia tahu mengenai perkara ini, oleh itu Kit Siang tahu dia boleh menuntut RM1 bilion daripada Mahathir dan orang tua itu akan membayarnya untuk membeli empat 'bantuan' itu.

THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

Merujuk kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin (RPK) bahawa Dr Mahathir telah menggunakan RM1 bilion untuk membeli Lim (Kit Siang), bekas perdana menteri itu menjawab dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa RPK harus berterus terang dan menjelaskan dari mana beliau (Mahathir) mendapat wang tersebut. "Jika dia (RPK) tahu saya mempunyai RM1 bilion, ini bermakna dia juga boleh melihat melalui dinding setebal 10 kaki," kata Mahathir. (The Malaysian Insight)

Itulah yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight hari ini. Malaysiakini juga turut melaporkan hal yang sama dengan lebih terperinci, yang mana anda boleh membacanya pada lampiran di bawah. Jawapan saya kepada komen Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu petikan dari Euripides: " Sebelum Allah hancurkan seseorang, Allah akan jadikan dia nyanyuk dulu".

Sekarang, Mahathir bercakap seperti budak hinggusan. Tiada logik atau rasional dalam apa yang dia katakan dan bagaimana dia menyampaikannya. Dia fikir dia telah melepaskan komen sarkastik tetapi sebenarnya komen dia itu adalah komen bodoh. Tetapi ini adalah vintaj Mahathir sama seperti zaman ketika dia menjadi Perdana Menteri. Tanya kepadanya soalan yang dia tidak boleh jawab dan dia akan cakap benda-benda yang mengarut.

Mahathir mungkin seorang doktor perubatan tetapi dia pastinya bukan seorang ulama. Sekiranya ini adalah satu perdebatan maka budak mentah seperti Syed Saddiq Abdul Rahman akan dapat mengalahkan Mahathir. Mahathir sepatutnya berhenti menjawab soalan dengan cara menjawab soalan dengan soalan. Cuma jawab 'ya' atau 'tidak'. Mengapa pusing sini pusing sana tanpa menjawab soalan?

RPK harus berterus terang dan menerangkan darimana saya mendapat wang tersebut. Jika RPK 'tahu' bahawa saya mempunyai RM1 bilion, maka ia juga juga boleh melihat melalui dinding setebal 10 kaki. Sekiranya saya mempunyai RM1 bilion, saya akan membina sebuah rumah agam dan tidak tinggal di rumah biasa. Jangan tanya saya dari mana saya mendapat RM1 bilion, tanya Raja Petra. Mungkin jawapannya adalah penderma Arab. Sekiranya Raja Petra tahu bahawa saya memberikan Kit Siang RM1 bilion, pasti dia tahu di mana saya mendapat wang terebut. Apa yang umum mengetahui  ialah dari mana Raja Petra mendapat wangnya.

Tepat 100 perkataan yang keluar dari mulut Mahathir. Tetapi dia tidak memjelaskan isu yang paling penting sekali iaitu:

"Secara mutlak saya menafikan bahawa Lim Kit Siang telah meminta saya membayar dia RM1 bilion dan saya juga bersetuju untuk membayar RM1 bilion kepadanya supaya:

1. Kit Siang akan menyokong PPBM menyertai Pakatan Harapan.

2. Kit Siang akan bersetuju menjadikan saya Pengerusi Pakatan Harapan.

3. Ketika memberi keterangan pada RCI, Kit Siang tidak akan mendedahkan apa yang dia ketahui tentang kerugian Bank Negara berjumlah RM31.5 bilion akibat dari perjudian di pasaran forex dari tahun 1988 hingga 1992.

4. Mukhriz akan diberi kerusi yang selamat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kerusi yang DAP boleh memberitahu pengundi yang mengundi."

Apa yang Mahathir berkata ialah beliau tidak mempunyai wang sebanyak RM1 bilion dan gajinya selama 22 tahun tidak pun sampai RM1 bilion. Adakah kami kata bahawa wang yang dia bayar pada Kit Siang sebanyak RM1 bilion itu adalah wang yang dia perolehi daripada gajinya? Adakah kami kata secara peribadi bahawa dia telah menandatangani cek sebanyak RM1 bilion? Adakah kami berkata bahawa dia telah membawa RM1 bilion wang tunai didalam beratus-ratus beg pakaian untuk menyerahkannya kepada Kit Siang? Adakah kami berkata proksi beliau, pemegang amanah dan kroni yang memegang berbillion untuknya tidak membayar Kit Siang RM1 bilion bagi pihaknya dan atas arahannya?

Pergi tanya Ibrahim Ali dari Perkasa. Mahathir juga telah memberikan banyak wang kepada dia. Tetapi Mahathir tidak pernah menyerahkan wang tersebut secara peribadi. Dia arah tawke Cina untuk membayarnya kepada Ibrahim Ali. Begitu juga dengan Husam Musa. Mahathir juga memberi banyak wang kepada dia. Tetapi yang membayar Husam ialah tawke Cina yang bertindak atas nama Mahathir. Itulah cara Mahathir melakukan sesuatu perkara. Tangannya sentiasa bersih. Dia tidak pernah kotorkan tangan dia tetapi dia menggunakan proksi, pemegang amanah dan kroni untuk melakukan kerja kotornya.

Pertahanan pertama Mahathir adalah gajinya tidak sampai RM1 bilion. Barisan pertahanan kedua ialah beliau tinggal di rumah 'biasa' (di Mines) dan jika dia mempunyai RM1 bilion dia akan tinggal di rumah agam.

Kami tidak mengatakan bahawa Mahathir mempunyai RM1 bilion. Kami berkata beliau membayar Kit Siang RM1 bilion. Kami kata Mahathir mempunyai RM100 bilion, dan bukannya hanya RM1 bilion. Jadi mengapa Mahathir terus mengatakan bahawa dia tidak mempunyai RM1 bilion?

Kedua, Mahathir mengatakan bahawa dia tinggal di sebuah rumah biasa. Tetapi itu adalah kediaman rasminya. Dia bercakap tentang hanya satu rumah sahaja. Mahathir mempunyai lebih daripada satu rumah di seluruh dunia. Rumahnya di London sahaja bernilai ratusan juta. Jadi mengapa terus bercakap tentang 'rumah biasa'? Banyak lagi rumah Mahathir yang saiz atau harga yang tidak biasa dengan yang dia sebutkan. Dan bagaimana dengan ladang besarnya di Argentina. Adakah itu 'biasa' juga? Saiz ladang ini mungkin sebesar seluruh negeri Perlis.

Mahathir berpura-pura dia adalah miskin. Bagaimanakah semua anaknya mendapat kekayaan mereka dalamvhanya dalam satu dekad? Kau. Cina mengambil dua atau tiga generasi untuk menjado kaya. Soon Seng bermula sebelum Perang Dunia Kedua. Low Yat bermula sebelum Merdeka. Goh Tong bermula selepas Merdeka. Banyak jutawan Cina adalah generasi kedua atau ketiga. Bagaimanakah anak-anak Mahathir menjadi kaya seperti kaum Cina dalam masa satu dekad sahaja? Adakah melalui dedikasi atau ayah yang kasi?

Satu perkara yang boleh kami katakan ialah Mahathir bukanlah bodoh untuk meletakkan wang itu ke dalam akaun bank peribadinya sepertimana yang Perdana Menteri Najib Tun Razak lakukan. Najib adalah terlalu jujur ​​dan terlalu telus dimana sebelum dia menerima sumbangan Arab dia telah terlebih dahulu membincangkannya dengan Bank Negara. Dan apabila Bank Negara menasihati beliau untuk memasukkannya ke dalam akaun bank peribadi, dia mengikuti nasihat tersebut tanpa menyedari bahawa orang Bank Negara berada dalam senarai gaji Mahathir.

Mahathir selalu menggunakan proksi, pemegang amanah dan kroni, bukan sahaja untuk menyembunyikan kekayaannya tetapi ketika ia juga perlu merasuahkan orang. Anda tidak akan menemui satu sen pun yang mempunyai cap jari Mahathir di atasnya. Dia bukan sahaja menggunakan anaknya sendiri untuk menyembunyikan kekayaannya, malah dia menggunakannya untuk 'membuat bayaran' juga. Ini dilakukan didalam kes-kes di mana ia perlu menjadi transaksi paling sulit dan dia juga tidak mahu proksi, pemegang amanah dan kroninya tahu tentangnya.

Mahathir berkata saya harus berterus terang dan menunjukkan bukti bagaimana dia mendapat wangnya. Kami tidak perlu berbuat demikian.Barry Wain, Jomo Kwame Sundaram dan Edmund Terence Gomez telah menulis begitu banyak buku mengenai kekayaan Mahathir. Sebaliknya, kita akan menunjukkan di mana kekayaan Mahathir disembunyikan: di 50 bank di seluruh dunia. Dan jumlah wang Mahathir dan Tun Daim Zainuddin jika digabungkan ialah RM160 bilion dan ia bukan sahaja diletakkan di bank tersebut. Ia diletakkan dalam bentuk ekuiti bank tersebut. Dan mengikut  laporan, RM160 bilion kini sudah pun bernilai RM200 bilion.

Memang benar. Kekayaan gabungan Mahathir dan Daim yang berjumlah RM160 bilion digunakan untuk memiliki lebih daripada 50 bank di seluruh dunia dan dana tersebut telah meningkat kepada RM200 bilion. Dan apa yang lebih menarik ialah Kit Siang walaupun dia tidak mengatakan apa-apa tetapi dia tahu mengenai perkara ini, oleh itu Kit Siang tahu dia boleh menuntut RM1 bilion daripada Mahathir dan orang tua itu akan membayarnya untuk membeli empat 'bantuan' teraebut diatas.

Mahathir mahu bukti maka kami akan memberi bukti kepadanya. Dalam episod berikutnya, kami akan mendedahkan butiran-butiran tentang beberapa bank tersebut. Oleh itu, tunggu pendedahan kami selanjutnya.

*••••••••••••LAMPIRAN*••••••••••••

“Ask Raja Petra,” said Dr Mahathir

(Malaysiakini) - Sementara itu, Mahathir juga telah mengulas dakwaan blogger Raja Petra Kamarudin bahawa bekas Perdana Menteri telah membayar RM1 bilion kepada Lim.

"Wah! Saya sangat kaya. Tetapi saya tidaklah gila seperti Raja Petra. Sekiranya saya mempunyai RM1 bilion, saya akan membina sebuah rumah agam dan tidak tinggal di rumah biasa. Jangan tanya saya dari mana saya mendapat RM1 bilion. Tanya Raja Petra. "

"Mungkin jawapannya adalah seorang Arab (yang beri derma). Jika dia (Raja Petra) tahu bahawa saya memberikan Kit1ang RM1 bilion, pasti dia tahu dari mana saya mendapat wang tersebut. Umum tahu dari mana Raja Petra mendapat wang," katanya.

Mahathir juga berkata tidak ada sebab untuk takut kepadanya. "Saya berusia 92 tahun. Saya tidak mempunyai wang apatah lagi dapat beri Kit Siang rasuah sebanyak RM1 bilion. Saya tidak diperlakukan seperti Najib oleh Presiden AS ... Presiden kuasa terbesar tidak memeluk saya untuk menyelamatkan ekonomi AS. "

"Bagaimanapun, saya bangga. Tidak pernah ada Perdana Menteri Malaysia yang mampu menyelamatkan kuasa dunia, kini dah ada ... Tahniah kepada kerajaan, Najib dan menteri BN. Anda telah meletakkan Malaysia di peta dunia. "

"Teruskan dengan kekeliruan. Tubuhkan satu lagi 1MDB. Mempunyai berbilion lagi hutang. Percayalah, anda akan disokong oleh penyokong anda selama-lamanya. Tahniah kepada Najib. Kami sangat berbangga dengan anda, "katanya.

http://www.malaysia-today.net/mahathirs-rm160-billion-banking-empire/ 




 

Rumah Mahathir Di London


 Rumah Mahathir Di Mines
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...