Sabtu, 21 Oktober 2017

Mahathir tidak tahu sama sekali mengenai sejarah dan geografi



❎ Jika anda pergi ke Belanda, anda boleh membaca tentang sejarah seorang pejuang Bugis yang bernama Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak aka Raja Haji al-Shahid Marhum Teluk Ketapang alias Raja Api Putera) di Archives of the Netherlands (National Archief or Arkib Negara). 

❎ Daeng Chelak adalah bapa Raja Lumu, iaitu Sultan Selangor pertama (Sultan Sallehuddin Shah ibni Almarhum Daeng Chelak, 1705-1778).

❎ Sanggup mati daripada berundur adalah sifat sebenar pahlawan-pahlawan Bugis sehingga hari ini (jadi jangan pley-pley dengan Tuanku Selangor)

❎ Jadi, Raja Haji Marhum Teluk Ketapang, anak kepada Daeng Chelak, iaitu bapa kepada Sultan Selangor yang pertama, Raja Lumu, BUKANLAH seorang lanun. 


❎ Dia seorang pahlawan yang bertempur menentang penjajah Belanda. Dan apabila Belanda menyerang Inggeris, Raja Haji akan menyerang Belanda. 

❎ Dan sementara Belanda dapat mengalahkan pihak British, mereka tidak dapat mengalahkan Bugis. Akhirnya Belanda harus mengakui kekuatan Bugis dan membayar 50% 'cukai rampasan' kepada Bugis.

❎ Ok, selain daripada itu, hari ini komuniti Bugis telah menghubungi saya dan meminta saya untuk MENGUCAPKAN kepada Dr Mahathir ' HAPPY DEEPAVALI'. Oleh itu, bagi pihak semua kaum Bugis di Malaysia, HAPPY DEEPAVALI, Tun.

Mahathir utterly ignorant about history and geography – Malaysia Today 

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menggelarkan kaum Bugis adalah lanun dan menghalau Perdana Menteri Najib Tun Razak, yang berasal dari keturunan Bugis, kembali ke 'Bugis' (di mana sahaja negara itu), dia menunjukkan kebodohan dia tentang ilmu sejarah dan ilmu geografi . Itu seperti menggelarkan semua orang Inggeris sebagau lanun hanya kerana Sir Francis Drake dan Sir Walter Raleigh adalah privateers (mempunyai angkatan perang peribadi) atau ejen bebas. .

THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

Kepulauan Melayu (Malaysia dan Indonesia: Kepulauan Melayu / Nusantara, Filipina: Kapuluang Malay, Visayan: Kapupud-ang Malay) adalah kepulauan antara benua Indochina dan Australia. Ia juga dipanggil Dunia Melayu, Kepulauan Indo-Australia, Hindia Timur, Nusantara, Kepulauan Nusantara, dan juga dwngan nama-nama lain dari masa ke masa. Nama itu diambil dari konsep bangsa Eropah abad ke-19, kemudian mengikut pengedaran bahasa Austronesian. (Wallace, Alfred Russel (1869), Nusantara Melayu London: Macmillan and Co.

Kepulauan Melayu adalah kumpulan pulau terbesar di dunia, yang terdiri lebih dari 17,000 pulau di Indonesia dan sekitar 7,000 pulau di Filipina. Terletak di antara Lautan Hindi dan Pasifik, kumpulan yang mempunyai lebih 25,000 pulau adalah kepulauan terbesar di kawasan ini, dan yang keempat terbesar mengikut jumlah pulau di dunia. Ia termasuk Malaysia Barat, Brunei, Singapura, Malaysia Timur, Indonesia, Filipina dan Timor Timur. (Encyclopædia Britannica. 2006. Chicago: Encyclopædia Britannica, Inc.)

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menggelarkan kaum Bugis adalah lanun dan menghalau Perdana Menteri Najib Tun Razak, yang berasal dari keturunan Bugis, kembali ke 'Bugis' (di mana sahaja negara itu), dia menunjukkan kebodohan dia tentang ilmu sejarah dan ilmu geografi . Itu seperti menggelarkan semua orang Inggeris sebagau lanun hanya kerana Sir Francis Drake dan Sir Walter Raleigh adalah privateers (mempunyai angkatan perang peribadi) atau ejen bebas.

Malah, pada era itu (1500-an-1600) bukan sahaja England tetapi Portugal, Sepanyol, Belanda, Perancis, dan sebagainya, juga mempunyai banyak orang perseorangan yang dilantik oleh Raja-raja Eropah dan/atau Queens dan ekspedisi mereka ke Afrika, Asia dibiayai oleh Raja-Raja negara mereka.  Pengembara/penjelajah ini beri dua tugas. Salah satunya ialah untuk mengeksport agama Kristian kepada penduduk pribumi di tanah-tanah yang mereka jajah  (dengan menerapkan doktrin menukar atau menghadapi maut). Dan yang kedua adalah untuk merampas kekayaan tanah-tanah jajahan mereka dan membawanya kembali ke tanah air mereka dan membaginya dengan Raja/Ratu yang membiayai ekspedisi mereka.

Untuk mendapat untung yang lebih , pihak Inggeris, Portugis, Sepanyol, Belanda, Perancis, dan sebagainya, telah merompak kapal pihak lawan masing-masing yang dalam perjalanan pulang dengan penuh muatan emas dan barangan berharga. Sebagai contoh, British menghantar candu dari India ke China dan apabila kapal mereka melintasi Selat Melaka maka pihak Belanda yang berada di Melaka, akan merompak kapal-kapal itu dan mencuri candunya.

Ini adalah sebahagian daripada permainan imperialisme dan penjajahan dimana kuasa barat akan menyerang satu sama lain bukan sahaja di laut tetapi juga di darat. Sebagai contoh mati untuk England dan/atau Perancis , di India, Inggeris dan Perancis menyerang satu sama lain dan menggunakan tentera India yang sanggup mati dan membunuh untuk England dan/atau Perancis. Pertempuran yang melibatkan Robert Clive dan Joseph-François Dupleix adalah antara kes yand dimaksudkan.

Menjadi seorang privateer yang berjaya iaitu yang membawa pulang banyak emas dan perhiasan untuk berkongsi dengan Raja/Ratu maka anda bukan sahaja diberi ganjaran dengan kekayaan tetapi akan menerima tanah, gelaran dan kesatria juga. Itulah sebabnya mengapa sejarah mengingati orang seperti Sir Francis Drake dan Sir Walter Raleigh sebagai kesatria negara dan bukan sebagai lanun, perompak, pencuri, samseng, atau apa sahaja.

Ya, itu adalah adalah kisah yang berlaku pada tahun 1500-an dan 1600-an dimana norma-norma sosial membenar menikahkan seorang gadis berusia 9 tahun dengan budak lelaki berusia 11 tahun terutama kerana agama diterima secara moral yang sah. Hari ini, jika anda mengahwinkan seorang gadis berumur 9 tahun kepada budak lelaki berusia 11 tahun, anda akan di penjarakan, sepertimana jika anda merompak sebuah kapal di Laut China Selatan atau di Selat Melaka

Jika anda pergi ke Belanda, dan anda boleh membaca tentang sejarah seorang pejuang Bugis yang bernama Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak aka Raja Haji al-Shahid Marhum Teluk Ketapang alias Raja Api Putera) di Archives of the Netherlands (National Archief or Arkib Negara). Daeng Chelak adalah bapa Raja Lumu, iaitu Sultan Selangor pertama (Sultan Sallehuddin Shah ibni Almarhum Daeng Chelak, 1705-1778).

Pada masa itu, kapal-kapal Belanda dari Melaka akan menyerang dan merampas muatan kapal-kapal British yang melalui Selat Melaka ke dan dari China-India (kebanyakan kapal-kapal itu sarat dengan candu). Raja Haji akan menyerang kapal-kapal Belanda dan merompak dari puak Belanda apa yang puak Belanda telah merompak dari puak Inggeris.

Puak Bugis begitu garang dan ditakuti ramai dan oleh kerana Belanda sangat takut kepada mereka maka mereka meminta perjanjian damai. Belanda bersetuju untuk berkongsi dengan Bugis setengah daripada rampasan dari kapal British jika Bugis bersetuju untuk tidak menyerang Belanda. Ini adalah 'perjanjian Ali Baba' pertama dalam sejarah dan orang Bugis adalah satu-satunya kaum yang orang Belanda pernah membuat perjanjian dengannya. Pada dasarnya Belanda melakukan semua kerja dan Bugis hanya datang untuk mengambil 50% bahagian mereka. Ia seperti apa yang dilakukan oleh Yap Ah Loy pada100 tahun kemudian iaitu mengumpul wang perlindungan daripada pedagang candu ... (hmm ... mengapa Mahathir tidak disebut Yap Ah Loy sebagai lanun juga?).

Pada suatu hari, Belanda merompak sebuah kapal British yang penuh dengan muatan candu dan menyimpannya barang rampasan tersebut. Apabila Raja Haji mengetahuinya, maka dia menyerang Melaka dan mengepung kota tersebut. Pengepungan berlangsung beberapa bulan dan akhirnya Melaka kehabisan makanan dan air. Orang ramai mati akibat penyakit dan kebuluran dan Belanda hampir menyerah kalah kepada Bugis ketika tentera bantuan tiba. Belanda telah mengupahkan tentara Minangkabau untuk berlayar ke Melaka dan menyerang Bugis dari belakang.

Tersepit diantara Minangkabau dan Belanda, Bugis kalah dan Raja Haji terbunuh. Sanggup mati daripada berundur adalah sifat sebenar pahlawan-pahlawan Bugis sehingga hari ini (jadi jangan pley-pley dengan Tuanku Selangor). Belanda kemudian membawa mayat Raja Haji ke kapal mereka yang bernama Dolphijn. Rancangan mereka adalah untuk membawa mayat Raja Haji ke Goa supaya tidak dapat dikebumikan di Teluk Ketapang yang akan berakhir sebagai kuil atau keramat Bugis.

Pada malam itu, pada 27 Jun 1784, kapal Dolphijn meletup tanpa sebarang sebab dan semua anak kapalnya mati. Walau bagaimana pun mayat Raja Haji tidak terjejas dan pihak Belanda membuat keputusan untuk pulangkan mayat Raja Haji kepada puak Bugis dan, sebagai tanda rasa hormat, mereka menamakannya Raja Api, Putera Api, kerana walaupun telah mati beliau masih dapat merosakkan seluruh kapal Belanda serta membunuh semua orang di atas kapal.

Jadi, Raja Haji Marhum Teluk Ketapang, anak kepada Daeng Chelak, iaitu bapa kepada Sultan Selangor yang pertama, Raja Lumu, bukanlah seorang lanun. Dia seorang pahlawan yang bertempur melawan penjajah Belanda. Dan apabila Belanda menyerang Inggeris, Raja Haji akan menyerang Belanda. Dan sementara Belanda dapat mengalahkan pihak British, mereka tidak dapat mengalahkan Bugis. Akhirnya Belanda harus mengakui kekuatan Bugis dan membayar 50% 'cukai rampasan' kepada Bugis.

Ok, selain daripada itu, hari ini komuniti Bugis telah menghubungi saya dan meminta saya untuk MENGUCAPKAN kepada Dr Mahathir ' HAPPY DEEPAVALI'. Oleh itu, bagi pihak semua kaum Bugis di Malaysia, HAPPY DEEPAVALI, Tun.

http://www.malaysia-today.net/mahathir-utterly-ignorant-about-history-and-geography/ 

GAMBAR 1: Mahathir dan Daim telah merampas wang rakyat RM160 bilion tetapi masih mempunyai cekadap untuk menggelar pahlawan Bugis sebagai lanun

GAMBAR 2: Ratu Elizabeth yang Pertama mempunyai banyak privateers yang bekerja untuknya, yang pada hari ini di gelarkan sebagai lanun, sedangkan pada masa itu mereka-mereka ini adalah orang yang diberi gelaran kesatria diraja

GAMBAR 3: Bugis membunuh banyak penjajah dan pendakwah Belanda di Melaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...