Rabu, 18 Oktober 2017

Najib bukannya seorang lanun sebaliknya Mahathir adalah seorang kleptokrat




❎ Mengikut 'sumber dalaman' saya, Duli Yang Mulia Sultan Selangor amat kecewa sekali apabila Mahathir terus menggelar kaum Bugis sebagai lanun. 

❎ Tuanku sangat berbangga dengan keturunan Bugisnya dan perbuatan Mahathir's yang terus merujuk kaum Bugis sebagai lanun telah menyebabkan Tuanku murka.



◼Raja Lumu (Sultan Sallehuddin – Sultan Selangor pertama) putera kepada Yang di-Pertuan Muda Johor-Riau-Lingga (II) Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga yang merupakan dari benih Bangsawan Bugis yang telah berupaya membentuk sebuah Kesultanan Selangor yang Berdaulat

❎ Kini Pakatan Harapan telah menjadi musuh ketat kaum Bugis di Selangor. 

❎ Jadi jika mereka masih memenangi pilihan raya umum akan datang maka mereka memang bernasib baik . 

❎ Saya rasa semasa Pakatan hendak membentuk Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Tuanku akan menunjukkan kepada mereka bagaimana 'lanun Bugis' mengendalikan musuh-musuh mereka. 

❎ Sekiranya Pakatan menganggap 'lanun Bugis' yang menjadi Sultan Johor adalah berbahaya, tunggu dan lihat apa tindakan 'lanun Bugis' yang menjadi Sultan di Selangor.

❎ Dan itulah sebabnya kebanyakan orang Melayu Selangor dan ahli-ahli Keluarga Diraja Selangor berdiri teguh di belakang Tuanku, kerana Tuanku adalah seorang pejuang. 

❎ Apa yang Tuanku perlu lakukan adalah menjerit 'pertahankan Selangor' dan perang saudara akan meletus. 

❎ Selangor telah mengalami banyak perang saudara sejak 200 tahun yang lalu iaitu sejak zaman Sultan Abdul Samad dimana perang saudara adalah biasa saja bagi orang Selangor. 

❎ Bukankah perang saudara yang terakhir iaitu pada 13 Mei 1969 meletus di Selangor?

Najib is not a pirate but Mahathir is a kleptocrat – Malaysia Today 

Apabila melihat orang-orang seperti Lim Kit Siang dan orang-orang Cina DAP lain yang bertepuk tangan sambil bersorak serta mendesak Mahathir untuk menerus kutuk Najib tidaklah memberikan gambaran yang baik tentang kualiti moral, etika, kehormatan dan martabat diri mereka. Mereka bertindak seperti pemimpin triad (kongsi gelap) Cina, Yap Ah Loy iaitu operator candu dan jenis yang import pelacur dari China, yang dilantik sebagai Kapitan China oleh seorang anggota Keluarga Diraja Selangor dan kemudiannya dengan cepat menukar sokongan kepada pihak satu yang memenangi perang saudara.

THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

LSS berkata "semasa berucap di perhimpunan itu, Mahathir telah berkata 'mungkin dia boleh menjejak keturunannya dengan lanun Bugis. Entah bagaimana, dia sesat jalannya dan datang ke Malaysia. Kembalilah ke Bugis (Sulawesi)! 'Dan orang-orang Pakatan yang hipokrit pun bersorak".

Ya, inilah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sama yang mengatakan dia tidak memerlukan undi Cina untuk memenangi Pilihan Raya Umum dan kemudian tewas krpada bekas Presiden PAS Yusof Rawa semasa bertanding kerusi Kota Setar Selatan kerana orang Cina lebih suka mengundi PAS berbanding mengundi Mahathir .

Seperti yang dikatakan oleh LSS, 'penyokong munafik Pakatan bersorak' apabila Mahathir menghina keturunan Bugis dengan menggelarkan mereka aebagai lanun. Sudah tentu, ketika LSS mengatakan 'penyokong munafik Pakatan', @@@ pada hakikatnya ia bermakna orang ramai yang hadir perhimpunan tersebut kebanyakannya adalah Cina ... atau orang ramai kaum Cina DAP .

Tetapi orang Cina DAP suka sangat perkara rasis seperti itu. Itulah sebabnya Superman Hew Kuan Yau dan Mat Sabu menjadi popular di kalangan orang Cina DAP. Superman Hew dan Mat Sabu adalah pakar dalam menggunakan bahasa kasar dan juga dalam menghina orang. Jadi, Cina DAP suka Superman Hew dan Mat Sabu yang sama-sama biadap dan tidak bertamadun seperti mereka. Orang Melayu memanggil mereka ORANG TAKDE CLASS.

Mengikut 'sumber dalaman' saya, Duli Yang Mulia Sultan Selangor amat kecewa sekali apabila Mahathir terus menggelar kaum Bugis sebagai lanun. Tuanku sangat berbangga dengan keturunan Bugisnya dan perbuatan Mahathir's yang terus merujuk kaum Bugis sebagai lanun telah menyebabkan Tuanku murka.

Kini Pakatan Harapan telah menjadi musuh ketat kaum Bugis di Selangor. Jadi jika mereka masih memenangi pilihan raya umum akan datang maka mereka memang bernasib baik . Saya rasa semasa Pakatan hendak membentuk Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Tuanku akan menunjukkan kepada mereka bagaimana 'lanun Bugis' mengendalikan musuh-musuh mereka. Sekiranya Pakatan menganggap 'lanun Bugis' yang menjadi Sultan Johor adalah berbahaya, tunggu dan lihat apa tindakan 'lanun Bugis' yang menjadi Sultan di Selangor.

Dan itulah sebabnya kebanyakan orang Melayu Selangor dan ahli-ahli Keluarga Diraja Selangor berdiri teguh di belakang Tuanku, kerana Tuanku adalah seorang pejuang. Apa yang Tuanku perlu lakukan adalah menjerit 'pertahankan Selangor' dan perang saudara akan meletus. Selangor telah mengalami banyak perang saudara sejak 200 tahun yang lalu iaitu sejak zaman Sultan Abdul Samad dimana perang saudara adalah biasa saja bagi orang Selangor. Bukankah perang saudara yang terakhir iaitu pada 13 Mei 1969 meletus di Selangor?

Percayalah, jangan bermain api dengan orang Selangor. Dalam salah satu perang saudara di Selangor, Raja Mahadi melantik Yap Ah Loy sebagai Kapitan China yang baru (bukan Inggeris, seperti yang dinyatakan dalam sejarah). Tidak lama selepas itu menantu Sultan, Tengku Kudin, menakluk Kelang dan Yap Ah Loy melakukan U-turn dan mengiktiraf kuasa Tengku Kudin (Yap Ah Loy memang pintar dalam seni cari makan atau makan dedak).

Kenyataan Ahmad Faiz Faiza tentang kenyataan Mahathir itu.

Mahathir kemudiannya membuat kenyataan yang lebih teruk terhadap Najib, isterinya Rosmah, keluarganya serta juga membandingkannya dengan Tun Razak. Hari yang sedih untuk melihat seorang negarawan perlu meluahkan kata-kata palibg keji terhadap lawannya. Ia menjadi lebih teruk apabila Mahathir mendakwa pencurian dan kleptokrasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini di negara ini. Sudah tentu Lim Kit Siang dan Mat Sabu lebih mengetahuinya. Sudah tentu sekarang mereka seolah-olah telah terkena penyakit 'amnesia terpilih' (selective amnesia) seperti apa yang kadangkala berlaku kepada Mahathir.

Beliau menuduh kaum Bugis sebagai lanun, sebagai rujukan kepada nenek moyang Najib. Dan dengan Selangor dan Johor yang mempunyai penduduk Bugis terbesar di kalangan umat Islam, ada yang tertanya-tanya sama ada Mahathir telah melemparkan mengaku kalah dan membuat keputusan untuk memutuskan untuk menyerah kedua-dua negeri itu, terutamanya Selangor, kepada BN atau PAS. Kesukaan dari orang ramai terutamanya kaum Cina terhadap kenyataan Mahathir hanya membuat beberapa penonton Muslim dalam talian memandang mereka bukan sahaja sebagai rasis, anti-Melayu, anti-Islam, dll, tetapi juga anti-Monarki, kerana Sultan Selangor adalah dari keturunan Bugis.

Bolehkah PH benar-benar dapat merampas Putrajaya? Saya tidak fikir begitu. Malah, PH mungkin menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kuasa diSelangor. Terutama apabila anda menggelarkan Bugis sebagai lanun, yang mana majoriti Muslim dan Melayu di Selangor, termasuk Sultan Selangor adalah Bugis. Bayangkan menggelarkan semua orang Cina sebagai kongsi gelap, peniaga candu dan pelacur. Atau semua orang India sebagai buruh di ladang.

Ia adalah ironi bahawa tema perhimpunan yang diadakan pada hari Sabtu adalah kleptokrasi. Mahathir disenaraikan sebagai kleptokrat kedua terbesar selepas Hosni Mubarak dari Mesir, dan lebih tinggi daripada Suharto dari Indonesia dan Marcos dari Filipina. Mahathir tidak tahu rasa malu apabila dia berdiri atas pentas dan menjerit-jerit tentang bagaimana negara ini dirompak sedangkan dia dan Tun Daim Zainuddin telah merompak pembayar cukai Malaysia sebanyak RM160 bilion dan menyimpannya di lebih daripada 50 bank di seluruh dunia.

Dan apabila melihat orang-orang seperti Lim Kit Siang dan orang Cina DAP lain yang bertepuk tangan dan bersorak serta mendesak Mahathir untuk meneruskan ucapannya secara tidak langsung telah memberi tanggapan yang buruk terhadap kualiti moral, etika, kehormatan dan martabat mereka. Mereka bertindak seperti pemimpin kongsi gelap Cina, Yap Ah Loy, seorang pengedar candu dan jenis yang mengimport pelacur dari China, yang dilantik sebagai Kapitan China oleh seorang anggota Keluarga Diraja Selangor dan kemudian dengan cepat berpaling tadah apabila pihak lain telah memenangi perang saudara.

http://www.malaysia-today.net/najib-is-not-a-pirate-but-mahathir-is-a-kleptocrat/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...