Selasa, 14 November 2017

PENJELASAN BERKENAAN #TULAR ISU STATUS HALAL SOS SPAGETI JENAMA PREGO




26 SAFAR 1438 H
14 NOVEMBER 2017 M

Minggu ini Bahagian Hab Halal, JAKIM menerima banyak pertanyaan berkenaan status #halal Sos Spageti Jenama Prego.

Untuk makluman, Sos Spageti Jenama Prego yang dikilangkan oleh Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini. 

Penjelasan berkenaan status halal produk tersebut turut dijawab oleh pihak syarikat di:-


http://bit.ly/PregoMalaysia

Justeru, pengguna disaran agar merujuk terlebih dahulu pihak yang berwibawa khususnya JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan isu-isu #halal yang tular di media sosial.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang #tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Untuk mengetahui premis dan produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal.

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN 3 S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...