Selasa, 14 November 2017

Rosmah Guna Bomoh Kuasai Pentadbiran Kerajaan, Kawal Kontrak Kem Kewangan..??

  

Ini pasal bomoh-bomoh ni.

Saya tidak mahu tulis apa yang saya tidak nampak dengan mata kepala saya sendiri.

Yang pasti, inilah dia:-


1. YAB PM akan menangguhkan mesyuarat di pejabatnya jika mesyuarat tersebut itu di jangka melangkau tempuh waktu solat.

Beliau akan berkata, “Excuse me, kita tangguh untuk sembahyang Asar.”

2. Setiap malam bulan puasa, di kediaman YAB di Taman Duta, akan ada jemputan untuk buka puasa untuk anak-anak yatim dan anak murid sekolah tahfiz.

3. Saya juga pernah berada di rumah YAB pada malam Jumaat. Juga ada makan malam untuk anak-anak yatim dan anak murid tahfiz serta bacaan Al-Quran. Saya tidak tahulah sama ada ini adalan amalan setiap malam Jumaat atau hanya itu sekali sahaja. 

4. Saya menyertai rombongan resmi bersama YAB dan isteri mengerjakan umrah. Tidak pula saya melihat apa-apa kejadian atau tanda yang tidak elok terjadi kepada mereka berdua semasa di Tanah Suci.

5. Saya juga di jemput hadir untuk majlis tazkirah dan khatam Al-Quran oleh Datin Seri Rosmah setiap tahun kebelakangan ini.

6. Dari mulut YB Dato Asyraf Wajidi Dusuki sendiri memberitahu saya beliau sering di panggil berjumpa dengan YAB PM untuk berbincang tentang agama Islam, termasuk ilmu tasawwuf.

Saya tidak ada nampak apa-apa pun seperti patung yang di katakan berada di bawah tangga di kediaman Taman Duta mahupun di Seri Perdana.

Tidak pernah juga saya bau apa-apa benda yang pelik.

Dan saya juga tahu ada di letakkan Ayat Kursi di atas meja YAB di pejabatnya.

Ini semua saya lihat dengan sendiri. Bukan dari mulut sesiapa pun.

Saiful Bahari Baharom


VIDEO : TUN M sindir RM guna bomoh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...