Rabu, 15 November 2017

Senario Pasaran Dan Revolusi Harga Minyak Antara Era Dua Perdana Menteri Malaysia. 



■ Rakyat Malaysia selaku pengguna WAJIB melihat sejelas2nya realiti plot revolusi naik-turun atau pengekalan harga minyak yang berlaku di Malaysia. Hakikatnya sebelum menjatuhkan hukuman atau sebelum seseorang pemimpin diadili, berpijaklah di bumi yang nyata!.

■ Sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau TIDAK PERNAH memberi subsidi kepada pengguna yang berbelanja untuk minyak petrol RON92. Malah harga RON92 yang dijual telah DIKENAKAN cukai jualan sebanyak RM0.58 sen seliter. Sememangnya PERUNTUKAN kerajaan untuk subsidi minyak adalah WUJUD, tetapi sejumlah besar subsidi tersebut dianggarkan RM9.75 bilion setahun DIPINDAHKAN kepada pemilik2 IPP sejak tahun 1993 lagi.

■ Sejarah harga runcit minyak petrol di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) bermula pada tahun 1983. Tujuan APM adalah bagi memastikan minyak petrol yang dijual kepada rakyat Malaysia bersesuaian dengan kos sara hidup dan ekonomi semasa negara. 

■ Bagi memahami sinario harga minyak petrol, sila perhatikan rangkuman kronologi harga minyak petrol di bawah: 


Sebelum 1990 – RM0.89
Tahun 1990 – RM1.06 (kenaikan RM0.17)

01/10/2000 – RM1.16 (kenaikan RM0.10)
20/10/2001 – RM1.26 (kenaikan RM0.10)
01/05/2002 – RM1.28 (kenaikan RM0.02)
1/11/2002 – RM1.29 (kenaikan RM0.01)
01/03/2003 – RM1.31 (kenaikan RM0.02)
01/05/2004 – RM1.37 (kenaikan RM0.06)
01/10/2004 – RM1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/2005 – RM1.52 (kenaikan RM0.10)
31/07/2005 – RM1.62 (kenaikan RM0.10)
28/02/2006 – RM1.92 (kenaikan RM0.30)
04/06/2008 – RM2.70 (kenaikan RM0.78)
01/09/2009 – RM1.80 (TURUN RM0.90)
16/07/2010 – RM1.85 (kenaikan RM0.05)
04/12/2010 – RM1.90 (kenaikan RM0.05)
03/09/2013 – RM2.10 (kenaikan RM0.20)
02/10/2014 – RM2.30 (kenaikan RM0.20)

■ Selama 22 tahun Tun Mahathir mentadbir Malaysia dari tahun 1981 sehingga tahun 2003, kualiti minyak petrol yang dijual di pam2 minyak di Malaysia adalah dari jenis RON92 bukannya RON95 di mana RON95 adalah lebih berkualiti dari RON92.

■ Tahun 1981, harga minyak petrol RON92 adalah RM0.89 seliter. Indeks inflasi rasmi yang ditakrifkan oleh Jabatan Perangkaan mendapati nilai RM0.89 adalah bersamaan dengan harga RM2.41 pada tahun 2017!!!. Harga tersebut secara ukuran adalah lebih tinggi daripada harga petrol yang dijual pada bulan November 2017 dengan harga RM2.31 seliter!.

■ Di zaman Tun Mahathir, pada tahun 1990 harga minyak mentah dunia adalah AS$25 setong (kadar tukaran adalah AS$1 kepada RM2.40) yang bermakna harga minyak mentah setong adalah RM60.00. Dan pada bulan Disember 1993 harga minyak mentah dunia mengalami kejatuhan merudum kepada AS$13.56 setong dengan kadar tukaran wang asing masih berada di kondisi sama iaitu AS$1 kepada RM2.40. Ini bermakna nilai minyak mentah dunia juga mengalami kejatuhan harga kepada RM32.54 setong!. Akan tetapi minyak RON92 dijual kepada pengguna di Malaysia masih kekal RM1.06 seliter. 

■ Persoalan: Kenapa Tun Mahathir tidak turunkan harga jualan runcit minyak RON92 sedangkan harga ini tinggi jika dibandingkan dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia?. Dan kenapa harga RM1.06 didapati tinggi secara relatif?. 
□ Jawapan: Didapati Tun Mahathir telah mengenakan cukai jualan terhadap petrol sebanyak RM0.58 sen seliter dan diesel RM0.40 sen seliter!!!. 
□ Maka bagi memenuhi aspirasi rakyat, pada tahun 2004 setelah Tun Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri cukai jualan petrol ini telah dihapuskan.

■ Secara perbandingan dengan zaman DS Najib sebagai Perdana Menteri, tahun 2009 harga minyak mentah dunia adalah AS$74.67 setong (atau RM278.52) dan harganya menokok pada tahun 2014 kepada AS$111.88 (RM391.55) setong!. Tetapi harga petrol masih lagi murah secara relatif dan dikawal antara RM1.80 hingga RM2.30 Seliter.

■ Walaupun sukar, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab pelbagai cara dan usaha dilakukan untuk mengawal harga minyak. Antaranya;
□ Bermula pada 1hb Sept 2009, minyak petrol RON 92 dihentikan jualan dan digantikan dengan RON 95 yang lebih berkualiti. Kualiti RON 95 selaras dengan spesifikasi EURO2M.
□ Kerajaan memberikan pelepasan cukai atau subsidi kepada pengusaha2 stesen minyak. Bayangkan berapakah nilai subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan apabila kos sebenar harga minyak ini melambung tinggi mencecah RM3.00?.
□ Pada 1hb Disember 2014, satu Mekanisme baru penentuan harga petrol diperkenalkan. Sistem apungan terkawal petrol RON95 ditentukan berdasarkan purata harga untuk 10 hari harga minyak dalam pasaran dagangan antarabangsa dicampur dengan nisbah keuntungan tetap bagi loji tapisan dan peruncit. Di bawah sistem ini, harga petrol akan disemak pada setiap bulan dan tiada lagi komponen subsidi di dalam pengiraan harga minyak. Harga akhir petrol akan ditentukan berdasarkan penanda aras Mean of Platts Singapura (MPOS).

■ Tahun 2009, RON 95 dijual pada harga RM180. Harga minyak mentah dunia terus naik secara mendadak. Tetapi kerajaan berjaya mengawalnya dengan membenarkan kenaikan harga secara perlahan2 sebanyak 0.05 sen seliter iaitu pada 16hb Julai 2010 menjadi RM 1.85/liter, 3hb Disember 2010 RM 1.90/liter, pada 3 September 2013 naik 20 sen menjadi RM2.10/liter. Walaupun harga 0.05 sen lebih tinggi, kerajaan telah memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan.

■ Mengimbas kembali beberapa tahun dahulu, pada Oktober 2000 harga minyak global telah meningkat menyebabkan Tun Mahathir mula menaikkan harga petrol RON 92 dari RM1.06 kepada RM1.16. Seterusnya pada Oktober 2001, harga minyak dinaikkan lagi 10 sen kepada RM1.26. Pada Mei 2002, naik 2 sen kepada RM1.28. Sekali lagi naik pada November 2001 sebanyak 1 sen kepada RM1.29. Dan pada Mac 2003, naik 2 sen kepada RM1.31. Secara matematik dalam tempoh 3 tahun, Tun Mahathir telah menaikkan bebanan harga petrol kepada pengguna sebanyak 30%!.

■ FYI: Tun Mahathir tidak pernah memberi cadangan untuk mengatasi masalah ini dan menghitung nasib yang membebani rakyat kesan dari kenaikan harga minyak!!!. Beliau membiarkan masalah ini ditanggung oleh Perdana Menteri Malaysia selepasnya.

■ Terdapat 2 faktor utama yang mempengaruhi Kenaikan harga jualan runcit minyak petrol di Malaysia, iaitu;
1. Peningkatan mendadak harga minyak mentah dunia.
2. Dasar Pengkorporatan atau Dasar Penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4.

□ Peningkatan mendadak harga minyak mentah dunia.

■ Faktor pembolehubah yang sentiasa berinteraksi dengan permintaan semasa, keadaan geopolitik negara pengeluar minyak dan pengaruh baik buruk cuaca di lokasi perlombongan minyak mentah.

■ Di antara tahun 2004-2008 setelah pihak kerajaan Malaysia menghapuskan cukai jualan petrol, penentuan harga runcit minyak petrol RON92 di pengaruhi oleh turun naiknya harga minyak mentah dunia.

■ Bermula pada Oktober 2004, harga minyak mentah dunia meningkat kepada AS$50/tong. Pada 11hb Ogos 2005  ianya mencecah $60/tong, AS$75 pada pertengahan 2006. Kemudian jatuh balik ke $60/tong pada awal tahun 2007, naik mendadak menjadi $92/tong pada Oktober 2007 dan AS$99.29/tong pada 21 November 2007.

■ Krisis yang berlaku di negara2 pengeluar terutamanya di negara2 Teluk menyebabkan pada 27hb Jun 2008, harga minyak mentah dunia mencecah $141.71/tong!!. Libya pula mengambil pendekatan untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah dan presiden OPEC membuat spekulatif bahawa harga minyak mentah dunia mungkin meningkat lagi pada masa akan datang.

□ Dasar Pengkorporatan atau Dasar Penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4.

■ Merupakan faktor tetapan bukannya faktor pilihan setelah perjanjian IPP ditandatangani sejak 1993 sekiranya perjanjian kontrak IPP ini tidak ditamatkan. Kerajaan terpaksa membayar subsidi petrol sebanyak RM9.75 bilion setahun kepada IPP milik swasta terbabit.

■ Malaysia terperangkap dengan kenaikan harga runcit petrol ekoran kelemahan urus tadbir Tun Mahathir yang membelakangi Dasar Ekonomi Baru apabila memberi penekanan kepada konsep pengkorporatan atau konsep penswastaan terhadap beberapa entiti jabatan terpenting negara. Pada 1hb  Februari 1990, secara rasminya Lembaga Letrik Negara (LLN) telah dikorporatkan atau didagangkan. Nama baru syarikat berkaitan dengan kerajaan ini ditukar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

■ Akhir tahun 1993 monopoli TNB dalam sektor pembekalan tenaga negara telah dipecahkan apabila tertubuhnya 5 IPP (Pembekal Tenaga Bebas) milik kroni Tun Mahathir memperolehi kontrak membekalkan 30.99% bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.

■ Pada 4hb April 2014 ketika pelancaran buku berjudul 'Malaysia Kaya Rakyat Miskin' tulisan Anas Alam Faizli, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan bahawa antara tahun 1997 hingga 2011 kerajaan pusat telah memberi subsidi petrol berjumlah RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna lainnya telah dihentikan. Ku Li menyifatkan penyaluran wang rakyat terhadap syarikat pemilik IPP suatu pembaziran yang tidak boleh dimaafkan selama2nya.

Aspirasi Rakyat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...