Jumaat, 3 November 2017

Surat Terbuka Syed Saddiq Kepada DYMM Sultan Selangor Biadab Dan Kurang Ajar 



Surat terbuka Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di FB milik beliau, susulan Kenyataan Media dari DYMM Sultan Selangor adalah biadap, kurang ajar dan satu penghinaan terhadap Baginda. 

Di dalam Surat Terbuka beliau kepada DYMM Sultan Selangor, Syed dengan bangga mengaku Anak Johor menulis dengan panjang lebar mempertahankan Boss beliau, Tun Dr Mahathir. 


Beliau berkata beliau terkejut dengan DYMM Sultan Selangor yang telah salah faham dengan Tun Dr Mahathir sehingga meminta agar Tun Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan.

Syed juga memberitahu DYMM Sultan Selangor bahawa beliau kecewa isu Bugis ditimbulkan kembali dan dipolitikkan. Katanya,

"Sesungguhnya patik amat kecewa apabila isu ini ditimbulkan apatah lagi dipolitikkan bagi mengalih pandangan terhadap isu besar lain seperti rasuah."

Syed Saddiq memberitahu DYMM Sultan Selangor bahawa Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid Hamidi juga menghina kaum India. Apa yang berlaku DS Zahid hanya menyebut keturunan Tun Dr Mahathir dari India. DS Zahid tidak memanggil India sebagai lanun mahupun mengarahkan Tun Dr Mahathir supaya balik ke India.

Adalah dangkal menyebut keturunan Tun Dr Mahathir dikatakan sebagai penghinaan kepada masyarakat India Malaysia. Ini berbeza dengan kenyataan Tun Dr Mahathir. Waima Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla pun mengaku tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan beliau. Apa yang Tun Dr Mahathir menjawab?

Saya tidak akan mohon maaf dan untuk apa saya perlu lakukan.

Ramai yang berkongsi pandangan yang sama dengan DYMM Sultan Selangor. Baginda tidak terkhilaf dengan kenyataan Tun Dr Mahathir dan begitu juga dengan kebanyakan Rakyat. 

Syed sebagai pentaksub tahap dewa boleh menangisi Kenyataan Media dari Istana. Sedangkan budak mentah yang 'self proclaimed' bernilai RM5 juta masih belum membuat laporan rasuah kononnya beliau dibeli kepada pihak SPRM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...