Sabtu, 30 Disember 2017

ECRL,Malaysia Akan Tergadai Kepada China..!!!

Dakyah oleh Pakatan mengenai pembiayaian projek ECRL untuk menakut-nakutkan bahawa pinjaman yang dianggarkan berjumlah RM46.75 bilion (85% daripada RM55 bilion), dengan baki pinjaman sukuk oleh kerajaan akan menyebabkan negara ini jatuh bangkrup dan akhirnya pihak China akan mengambilalih projek ECRL tersebut.

Sungguh tidak munasabah. Biar saya terangkan perkara ini.

Pihak kerajaan dengan mudah boleh membuat pinjaman yang berjumlah RM46.75 bilion tersebut melalui pinjaman dalam negara jika mahu berbuat demikian.


KDNK negara pada hari ini dianggarkan berjumlah RM1.31 trilion untuk tahun 2017.

RM55 bilion tersebut hanya 4.1% daripada KDNK negara kita pada hari ini. Malahan peratusan itu semakin berkurangan dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang apabila bayaran pinjaman bermula.

Pada waktu ini, Petronas mempunyai pegangan tunai berjumlah RM129 bilion – dengan pembiayaian dari Petronas sahaja sudah boleh menampung bagi dua projek seperti ECRL tersebut.

Setakat suku ketiga 2017, KWSP memiliki nilai aset berjumlah RM771 bilion yang sudah tentu boleh mengambilalih pembiayaian bagi projek ini dan menukar pinjaman dari China jika mahu berbuat demikian.

Keadaan ini sama seperti pembiayaian oleh KWSP untuk mengambilalih dan pegangan di dalam lebuhraya PLUS pada tahun 2011.

Ini belum termasuk lagi lain-lain sumber dana kerajaan seperti Khazanah, Tabung Haji, KWAP, SOCSO, PNB dan lain-lain lagi yang mempunyai pegangan berbilion ringgit setiap satunya.

Sudah pasti Malaysia mampu utuk membiayai projek ECRL dengan mudah jika mahu berbuat demikian tanpa berharap kepada pinjaman dari luar.

Mengapa pula Malaysia membuat pinjaman mudah dari China? Kerana terma pinjamannya adalah yang terbaik.

Bayaran untuk pinjaman asas dikecualikan selama 7 tahun, pinjaman dilindungi dari risiko kadar tukaran asing dan faedah yang diberikan ialah 3% -  malahan lebih rendah dari apa yang mampu ditawarkan melalui pembiayaian kerajaan iaitu 4% buat masa kini.



Dengan perbezaan 1% untuk tempoh 20 tahun bagi pinjaman tersebut adalah sungguh bermakna. Malahan dapat menjimat bayaran sebanyak RM9.35 bilion jika jumlah pinjaman sebanyak RM46.75 bilion.

Jumlah hutang Malaysia berbanding dengan KDNK kini ialah 50.7% - lebih rendah daripada zaman Tun Mahathir pada tahun 1985 iaitu 103.4%. Ini bermakna pihak kerajaan boleh membuat pinjaman ratusan bilion lagi jika mahu berbuat demikian.

Malahan, dengan 103.4% itu pun negara ini tidak jatuh bankrup, apa lagi dengan 50.7%?

Satu lagi yang boleh kita lihat ialah kehilangan RM13.5 bilion semasa skandal forex BNM pada tahun 1991. RM31.5 tersebut langsung tidak dapat diperolehi sehingga kini.

Jika kita hilang 24% dari KDNK untuk tahun 2017 yang berjumlah RM1.31 trilion, ini bermakna kita hilang RM315 bilion.

Jika negara ini masih boleh selamat dengan hilang 24% dari KDNK pada awal tahun 1990an tersebut, sudah pasti kita akan tetap selamat dengan projek ECRL yang hanya 4% dari KDNK hari ini.

Bukan setakat membuka peluang keperluan dengan perubahan di dalam infrastruktur pengangkutan dan lonjakan ke negeri-negeri pantai timur, projek ECRL akan menjana pelbagai sumber pendapatan termasuk pengangkutan barangan, penumpang, kenaikan nilai hartanah sepanjang laluan serta juga pendapatan dari aktviti ekonomi yang berkaitan.

Perkara in tidak sama dengan kehilangan RM31.5 bilion di mana tiada seorang pun yang mendapat faedah darinya dan duitnya tidak pernah diperolehi kembali atau tiada peluang langsung untuk mendapatkannya.

Oleh itu, kebimbangan jika negara ini menghadapi masalah di masa hadapan mengenai pinjaman mudah bagi projek ECRL ini dan kemungkinan jatuh ke tangan pihak asing adalah diperbesar-besarkan.

Sebaliknya kemungkinannya lebih besar jika Malaysia diserang dengan senjata nuklear dari negara pengganas di timur jauh berbanding negara asing mengambil ECRL. 

Eric See-To
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...