Sabtu, 2 Disember 2017

Keadaan rumah penduduk Hong Kong



Mengikut Forbes, Hong Kong merupakan bandar ke-8 terkaya di dunia.

Namun, tanpa kawalan oleh kerajaan, rakyatnya terpaksa tinggal di rumah pangsa sekangkang kera yang kurang daripada 100 kaki persegi.

Ruangan tidur adalah terlalu sempit sehinggakan tidak dapat baring dengan lurus. Dapur dan tandas pula terpaksa berkongsi satu ruang yang sama.

Ramai antara mereka yang tinggal di rumah 'keranda' ini berkemampuan untuk memiliki apartment 3 bilik di Malaysia.Malah ada juga yang tinggal di rumah sewa seperti "Sangkar Burung" kerana tidak mampu membeli atau menyewa rumah yang sesuai.














Ramai yang tidak sedar bahawa di negara kita harga rumah semakin stabil dan tidak keterlaluan meningkat tinggi seperti mana berlaku 10-12 tahun yang lepas.

Antara mekanisma kerajaan mengawal kenaikan harga rumah ini tanpa campur tangan secara terus harga pasaran adalah dengan memperkenalkan pelbagai skim perumahan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Projek Perumahan Rakyat, RUMAWIP, Rumah Bina Negara, Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar, dan pelbagai lagi skim rumah mampu milik.

Strategi kerajaan adalah untuk melambakkan rumah-rumah yang harganya kurang daripada harga pasaran.

Lambakan rumah inilah mengakibatkan equilibrium antara penawaran dan permintaan diturunkan kerana terdapat persaingan daripada rumah-rumah di bawah skim kerajaan.

Pemaju swasta tidak akan mampu bersaing untuk menyediakan harga rumah seperti mana di bawah skim kerajaan dan terpaksa menurunkan harga sekiranya mahu unit-unit rumah mereka terus terjual.

Inilah kebijaksanaan kerajaan menguruskan keperluan rakyat.

Sebelum terfikir untuk memaki hamun kerajaan dan menyokong parti chauvinis DAP, eloklah menghitung nikmat yang diterima.

#SyukurAlhamdulillah

Perumahan Rakyat Oleh Najib Razak 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...