Jumaat, 8 Disember 2017

Mahathir Bapa Perpecahan MELAYU


TIADA MAAF BAGIMU.

Tolak tepi fitnah dan tomahan Tun Mahathir berkenaan DS Najib,  tolak tepi segala sindiran dan ejekan, bagi saya, dosa terbesar Tun Mahathir yang teramat sukar saya maafkan adalah usaha Tun Mahathir yang hasilnya memecahkan bangsa Melayu. Bukan sekali tetapi tiga kali!

1. Tindakan Tun Mahathir mengharamkan UMNO (lama) di dalam tahun 1980an melahirkan parti Semangat 46 memecahkan bangsa Melayu untuk kali pertama.

2. Tindakan Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim melahirkan parti PKR di dalam tahun dekad 1990an memecahkan bangsa Melayu untuk kali kedua.

3. Tindakan Tun Mahathir menubuhkan parti Pribumi di dalam tahun dekad 2010an memecahkan bangsa Melayu untuk kali ketiga.


Dari corak pengundian PRU13, kita tahu sokongan kaum Cina untuk DAP adalah di anggarkan setinggi 85%-88%. Ini menunjukkan kaum Cina bersatu teguh di bawah satu parti.

Peratusan bilangan Melayu di negara ini sudah hampir 70%, jauh tinggi jika di bandingkan sewaktu saya umur belasan tahun iaitu sekitar 54%.

Sayang sekali, dengan peratusan jumlah penduduk sebegitu tinggi, sokongan Melayu kepada parti yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kedaulatan Raja-Raja Melayu, hak-hak politik dan ekonomi Melayu di belah bahagikan.

Semasa Tun Mahathir memegang jawatan Presiden UMNO, beliau sendiri berkali-kali menyeru supaya ahli-ahli UMNO menyelesaikan masalah di dalam parti , jangan di bawa keluar - selesaikan seperti kita adik-beradik satu keluarga. 

Tun Mahathir sendiri menyimpang jauh dari nasihatnya sendiri.

Sayang sekali, dengan peratusan jumlah penduduk sebegitu tinggi,  dengan asakan tsunami parti DAP, kita sepatutnya lagi bersatu padu.

Sebaliknya, bangsa Melayu bergaduh,
sehinggakan bercakaran sesama sendiri, hilang persahabatan dan hilang persaudaraan.

Jangan sampai kesudahan, kita bergaduh sesama bangsa, negara tergadai, maruah agama dan jatidiri bangsa di tolak tepi. Anak cucu kita menangis di anaktirikan di tanah sendiri.

Siapa nanti yang bertempek sorak, melompat-lompat terkinja menepuk tangan? - Saiful Bahari Baharom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...