Khamis, 21 Disember 2017

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN BELIA BSN


Ramai dikalangan anak muda hari ini sukar untuk membeli rumah. Ini adalah kerana, kos pembelian rumah yang agak tinggi. 
Tahukah anda, untuk membeli rumah, kos yang perlu disediakan adalah sekitar 15% (10% untuk deposit & 5% untuk kos guaman dan lain-lain). Atas kekangan ini,kerajaan dalam BAJET2015 dengan kerjasama BSN telah pon memperkenalkan Skim Pinjaman Perumahan Belia.
BSN tolong bayarkan RM200 sebulan untuk duit ansuran rumah di bawah Skim Perumahan Belia (SPB). Jom mohon, terhad kepada 20 ribu pemohon yang layak saja.



SKIM PINJAMAN PERUMAHAN BELIA

BSN MyHome-i (Skim Perumahan Belia)


BSN MyHome-i (Skim Perumahan Belia) direka untuk membantu belia yang bujang atau sudah berkahwin untuk memiliki rumah pertama mereka dengan mudah.


*Skim ini akan tamat pada 31 Disember 2017.
Konsep Syariah
Berdasarkan kontrak Tawarruq. Kontrak Tawarruq merujuk pada transaksi jual beli bagi pembiayaan sesuatu aset berdasarkan bayaran tertunda dan ansuran dengan tempoh pembayaran yang dipersetujui lebih awal. Harga jualan akan termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Ciri-ciri

»Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subpembelian.
»100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.
»Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.

Harga Hartanah

»Minimum: RM 100,000
»Maksimum: RM 500,000

Margin Pembiayaan

»Hartanah: Sehingga 100% harga belian/ harga pasaran (mengikut mana yang lebih rendah)
»MRTT: Sehingga 5% harga belian/ harga pasaran (mengikut mana yang lebih rendah)

Tempoh Pembiayaan

»Minimum : 5 tahun
»Maksimum : 35 tahun (tertakluk pada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan).

Kadar Keuntungan

» Julat harga antara KA+0.60% sehingga KA+3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
»Bagi amaun pembiayaan RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pembiayaan 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar keuntungan indikatif adalah BR + 0.80%*. (terpakai hanya untuk pakej NZEC).
»
Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 3.95% ( berkuatkuasa mulai 21 Julai 2016) .
    *Tertakluk kepada terma dan syarat

Syarat-syarat Kelayakan 

»Warganegara Malaysia.
»Berumur 21 hingga 45 tahun (tertakluk pada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan)
»Bujang atau berkahwin.
»Pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan.
»Pembeli Pertama Kali.
»Pembiayaan Individu / Bersama.
»Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i.
»Bukti pembelian.

Dokumen yang Diperlukan

»Borang permohonan BSN
»Salinan Kad Pengenalan 
» Sijil Perkahwinan yang sah
»Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon bersama (pasangan sahaja)
 -  Slip Gaji 3 bulan terkini
Nota: Jika bukan pemohon bersama, pasangan kepada pemohon hendaklah mengemukakan 1 salinan slip gaji terkini.
-Penyata bank 3 bulan terkini
-Slip Gaji dan penyata bank untuk tempoh 6 bulan terkini (pendapatan lain)
-penyata KWSP
-Surat Pengesahan Majikan

»Pemohon Bekerja Sendiri/ Pemohon Bersama (pasangan sahaja)
-Pendaftaran Syarikat (SSM)
-Borang B/BE + Resit LHDN
-Penyata Kewangan Syarikat
-penyata bank syarikat 6 bulan
-Dokumen lain, iaitu laporan lawatan tapak, dsb.

»Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah (S&P), yang telah dimatikan setem. Jika S&P belum selesai, resit deposit / pesanan pembelian pro forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan
»Salinan laporan penilaian (untuk pembelian hartanah siap daripada individu / bukan pemaju) daripada panel penilai BSN
»Salinan Geran Induk / Individu (jika ada)
»
Akuan berkanun bagi memastikan hanya yang layak untuk pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri sahaja yang layak untuk skim ini dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.


(Nota: Akuan berkanun perlu ditandatangani oleh pemohon dan pemohon bersama/ pasangan (jika bukan pemohon bersama)


Maklumat lanjut sila ke cawangan BSN berhampiran anda segera.. 



 
 

1. Inginkan info.lanjut berhubung kes #DERMA_RM2_6B...??

* Siapa yang derma..??
* BNM tahu ke tak...??
* Kenapa penderma derma kepada NAJIB..?
* SPRM dah siasat belum..??
* Apa status penyiasatan SPRM keatas wang derma ini..??
* Dan banyak lagi..

Baca lanjut di :- https://goo.gl/kH3crb

2. Inginkan info lanjut berhubung kes #1MDB...??

* Kenapa 1MDB ditubuhkan..??
* Betul ke duit 1MDB hilang..??
* Siapa yang curi..??
* Betul ke Najib curi duit 1MDB..??
* Siapa itu Jho Low..??
* Dan banyak lagi..

Sila baca di :- https://goo.gl/gF3iP2 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...