Selasa, 5 Disember 2017

Video Grafik Stadium JDT Terbaru


Stadium Sultan Ibrahim Larkin masih dalam pembinaan namum para penyokong sudah boleh rekabentuk sebenar stadium berkenaan.

Satu video gambaran secara grafik lengkap berkenaan stadium berkenaan di muat naik di laman rasmi JOHOR Southern Tigers.

Video rakaman grafik dalaman stadium berkenaan memaparkan secara terperinci rekabentuk stadium yang dijangka siap sekitar Jun/Julai 2018.


Ruang ketibaan pemain, bilik persalinan pemain, mixed zone, ruang media serta pejabat di lakar secara grafik jelas untuk peminat melihat keadaan stadium berkenaan apabila ia siap nanti.

Stadium ini menelan belanja sekitar RM 200 juta dan boleh memuatkan 45,000 penonton dalam satu masa dibina pada tanah berkeluasan 14.2 hektar.

Selain stadium,hotel, pangsapuri, pusat membeli belah, padang ragbi, gelanggang tenis fan futsal turut akan dibangunkan secara berperingkat di tanah 16.2 hektar.

Secara keseluruhan projek ini di bina di atas tanah berkeluasan 28.3 hektar dengan teknologi dan bentuk yang cukup menarik dan bakal menjadi stadium terbaik di negara ini selepas ia siap nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...